Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.






KUALA LUMPUR, 22 Dis, Polis telah menahan pemilik akaun facebook “Sultan Yang Setan” yang diburu sejak Ogos lepas kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata lelaki berumur 40 tahun itu yang dipercayai mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail pada Januari lepas, telah diberkas di ibu negara pada 29 November lepas.



Turut dirampas ialah lima telefon bimbit dan PDA pelbagai jenis, empat komputer riba dan perkakas komputer katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.



Satu pasukan petugas telah menyiasat kes itu selepas lima laporan polis dibuat tentang kewujudan laman itu.



Syed Ismail berkata siasatan mendapati lelaki yang berasal dari ibu negara dan bergerak sendiri itu menyiarkan komen-komen yang mempunyai unsur menghina institusi diraja.



Akaun tersebut menggunakan alamat e-mel “pendekar. bentan@gmail.com” namun identiti yang digunakan adalah kepunyaan individu lain, katanya



Syed Ismail berkata lelaki itu adalah bekas pelajar sebuah universiti tempatan .



Motif suspek mewujudkan akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealism sendiri kerana siasatan mendapati beliau tidak terlibat dengan mana-mana politik, katanya. Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top