Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

ALOR GAJAH – “Saya ikhlas berkawan dan beri pinjamkan duit kerana kasihan dia tak ada duit untuk beli susu anak dan duit untuk anak buahnya menjalani pembedahan,” luah seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU), Hidhir Hasan, 33, di Pengkalan Balak semalam.

 

 

"Saya ikhlas beri pinjam duit kerana kesian dia takda duit beli susu anak" - Pemuda lumpuh ditipu janda

“Saya ikhlas beri pinjam duit kerana kesian dia takda duit beli susu anak” – Pemuda lumpuh ditipu janda

 

Hidhir yang telah 14 tahun yang terlantar sakit kerana lumpuh seluruh badan akibat kemalangan jalan raya ketika umur 19 tahun, kesal dan kecewa ditipu individu yang dipanggil Amy setelah memberi pinjaman wang sebanyak RM1,650 kepada wanita yang juga mendakwa ibu tunggal kepada seorang anak berusia 6 bulan.

Menurutnya, sejak mengenali wanita berusia 24 tahun itu melalui aplikasi WhatsApp pada awal Mei lalu.

Wanita yang berasal dari Bachok Kelantan itu sering merayu untuk meminjam wang darinya dan memberi janji-janji manis untuk berkahwin serta sanggup menjaga dirinya yang sakit.

Katanya, dia akhirnya terpedaya setelah wanita berkenaan yang mendakwa bekerja di bahagian kargo Lapangan Terbang Senai, Johor datang ke rumahnya untuk meminjam wang sebanyak RM1,500 selain RM100 dan RM50 yang menggunakan transaksi bank.

“Bila dia sanggup datang ke rumah saya ingatkan dia benar ikhlas nak bersahabat dan tidak menipu malah lebih tiga kali dia pernah datang melawat saya di rumah.

“Malang bila saya minta wang semula seperti yang dijanjikan, dia bukan sahaja menggelak malah turut mencabar untuk saya membuat laporan polis kerana dia beritahu polis tak akan buat apa-apa,” katanya yang telah membuat laporan polis pada Julai lalu.

Dalam pada itu Hidhir menerima kunjungan Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Abd Aziz siang tadi.

Sumber: Sinar



Sumber “Saya ikhlas beri pinjam duit kerana kesian dia takda duit beli susu anak” – Pemuda lumpuh ditipu janda Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top