Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


CHECHNYA



 


Penindasan yang dilakukan di mata dunia




Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet kira-kira sedekad yang lalu, zaman kepayahan masih dirasakan oleh banyak negara yang dahulunya merupakan sebahagian daripadanya. Kesan dari polisi perluasan kuasa Rusia di Kazakhstan, Turkmenistan, Azerbaijan, Uz be kistan, Kyrgyztan dan Dagesten masih belum dapat dipadamkan. Negara-negara ini, yang percaya bahawa mereka mampu membina keamanan dan memupuk persaudaraan selepas bebas daripada penindasan rejim Soviet, kemu diannya mendapati mereka terpaksa ber konfrontasi dengan penindasan Rusia dalam bentuk yang agak berlainan sedikit. Sebaliknya, ada juga satu bangsa yang masih belum bebas daripada perjuangan 400 tahun untuk men dapatkan kemerdekaan daripada Rusia. Negara itu ialah Chechnya, yang mana keberanian dan hasrat mereka untuk mendapatkan ke merde ka an telah tercatat di dalam sejarah.





Sejarah perjuangan kental umat Islam Chechnya menentang Rusia bermula pada akhir abad kelapan belas berikutan dengan penawa nan dan seterusnya pembunuhan yang di lakukan terhadap Imam Mansur, seorang pe juang penentang legenda, pada tahun 1791, di tangan pihak Rusia. Pada tahun 1816, selepas Czar (Pent: gelaran yang diberikan kepada raja Rusia dahulu) mengarahkan Jeneral Yermolov untuk memimpin pasukan tentera Rusia, orang-orang Chechen yang tinggal di utara Caucasus telah dibunuh dengan begitu kejam. Apabila pemimpin umat Islam Chechen Imam Hamzat dibunuh, Sheikh Shamil mengambil alih teraju kepimpinan tentera Chechen, dan mula ber juang hebat untuk men dapatkan kemerdekaan, yang seterusnya di per turunkan dari satu ge ne rasi ke satu gene rasi berikutnya se hing ga lah ke hari ini.





Pasukan tentera Sheikh Shamil dengan gagahnya menentang dasar perluasan wilayah oleh pihak Rusia selama suku abad, dari 1834 sehingga 1859. Namun demikian pada akhirnya, Rusia berjaya menawan wilayah tersebut dan terus berada di situ sehingga hari ini. Perjuangan orang-orang Chechen untuk mendapatkan kemerdekaan pada hari ini sebenarnya adalah sambungan dari pergerakan yang dimulakan oleh Sheikh Shamil.





Bagaimanakah Situasi Semasa Tercetus?





Ada berbagai-bagai sebab, faktor-faktor sejarah dan ekonomi tertentu, yang terselindung di sebalik penindasan kejam dan keganasan yang dilakukan terhadap orang-orang Chechen oleh pihak Rusia. Chechnya sebenarnya mempunyai kepentingan besar kepada Rusia berbanding republik-republik Caucasian yang lain. Wilayah ini mengandungi simpanan tenaga yang sangat banyak, terutamanya minyak dan gas asli. Semasa Perang Dingin, pihak Komunis Rusia mendapatkan segala keperluan bahan mentahnya dengan harga yang begitu murah daripada Chechnya, dan juga turut menggunakan negara tersebut untuk kepentingannya sendiri. Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, walau bagaimanapun, deklarasi kemerdekaan yang dituntut oleh Chechnya - sumber bahan mentah terbesar - dan juga bekas-bekas republik Soviet yang lain telah meletakkan Rusia di dalam ke bimbangan.







Tentera Sheikh Shamil telah menentang askar-askar Rusia dan menjadi nenek-moyang kebangkitan pejuang Chechen pada hari ini.




Di samping faktor ekonomi, polisi perluasan kuasa Rusia yang berabad-abad lamanya menjadi faktor sejarah yang membawa kepada huru-hara yang baru-baru ini berlaku di Asia Tengah dan Caucasus. Selepas Kesatuan Soviet tumbang, Moscow mengalami waktu-waktu yang tidak stabil, tetapi kemudian cuba keluar dari situasi tersebut, dan mengambil inisiatif-inisiatif jangka panjang untuk mewujudkan semula penguasaan ke atas republik-republiknya yang dahulu. Tanda pertama yang membuktikan apa yang sedang Rusia lakukan ke atas republik-republik ini telah disampaikan di dalam satu ucapan oleh Presiden Boris Yeltsin pada tahun 1993. Dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa Rusia akan sekali lagi memenangi status kuasa super dengan mendapatkan semula semua kedudukan-kedudukan yang telah hilang.6Dengan kata lain, Rusia enggan menerima sebarang deklarasi kemerdekaan negara-negara tersebut, kemenangan mereka untuk mendapatkan kebebasan, dan kebolehan mereka untuk berdiri di atas kedua-dua kaki sendiri. Sebaliknya, Rusia melihat negara-negara tersebut sebagai "kedudukan yang mesti dirampas kembali."





Kesannya, wujud sesetengah komuniti umat Islam yang masih gagal mendapatkan kebebasan dan terus berada di bawah persekutuan Rusia. Salah satu daripadanya ialah Chechnya, yang telah menjadi sasaran utama tekanan, dan dengan sebab itu ia berhadapan dengan pelbagai jenis kekejaman yang maha dahsyat.





Untuk memahami dengan tepat apa yang sedang berlaku di Chechnya kini, kita perlu menumpukan perhatian terhadap beberapa perkara penting. Peperangan yang tercetus di Chechnya bukanlah konflik yang mana kedua-dua pihak mengangkat senjata kerana konflik yang berlaku di antara mereka sudah sampai ke tahap yang sudah tidak boleh diselesaikan dengan jalan damai lagi, iaitu jenis perang yang boleh dijumpai di mana-mana sahaja di dunia ini. Keadilan yang dituntut oleh orang-orang Chechen untuk mendapatkan kemerdekaan telah diperdebatkan oleh pelbagai pihak di peringkat antarabangsa, dan pelbagai pendapat telah diajukan. Kesemua pendapat-pendapat tersebut boleh dipertikaikan. Walau bagaimanapun perkara yang kesemua pihak bersetuju ialah Rusia telah melampaui batas dan menyerang penduduk yang tidak bersalah, menukarkan peperangan yang pada mulanya hanya melibatkan askar kepada usaha untuk menghapuskan seluruh populasi Chechnya. Hal ini tidak dapat diterima, dan ia akan menjadi pokok perbincangan penting di dalam bab ini.





Dalam usaha Rusia untuk memperlihatkan dirinya berada di pihak yang benar di persada arena antarabangsa, Rusia memberitahu bahawa perang yang berlaku di Chechnya hanyalah satu "perkara domestik", dengan harapan ia akan menutup mata masyarakat terhadap keganasan yang berlaku di sana. Namun, alasan itu tidak mencukupi untuk menerangkan tentang perihal pemuda-pemuda Chechen yang dikumpul di jalanan dan seterusnya dihantar ke pusat-pusat seksaan, mereka yang dipenjara diikat kakinya pada kereta kebal dan seterusnya diseret, bayi-bayi yang masih kecil ditembak dan harta penduduk dirompak. Ramai ahli sains falsafah dan pakar-pakar yang bersetuju bahawa Rusia terlibat melakukan genocide di wilayah tersebut dan melakukan kekejaman yang jarang dilihat sebelum ini, kesemuanya dilakukan untuk memastikan Chechnya terus berada di dalam genggamannya.


Sebaliknya, serangan-serangan yang dilakukan oleh sesetengah golongan Chechen terhadap penduduk awam Rusia juga mesti dikecam dengan jelas. Orang-orang Chechen secara asasnya berjustifikasi mahukan sebuah kehidupan yang bebas dan mulia. Namun, tindakan-tindakan sedemikian telah menconteng arang terhadap kehendak yang telah dijustifikasikan dan seterusnya menyulitkan lagi usaha untuk membela tindak-tanduk orang-orang Chechen. Sebagai tambahan, haruslah diingat bahawa menyerang orang awam yang tidak bersalah adalah secara terang-terangan melanggar prinsip-prinsip Islam. Sepanjang hidup Nabi Muhammad s.a.w., Baginda sentiasa membela hak-hak orang awam, walaupun ketika pergaduhan yang dahsyat, dan mengarahkan semua umat Islam agar bersikap sederhana dan tidak fanatik. Inilah kehendak moral yang dituntut oleh al-Quran. Di dalam al-Quran, Allah telah mengarahkan umat Islam agar bersikap pemaaf dan bertoleransi dan juga untuk bersikap adil, walaupun ketika peperangan. Seorang Muslim mesti menjadi orang pertama yang memberi makan kepada orang tawanannya walaupun dia sendiri sedang kelaparan, selalu bersifat sederhana walaupun di tengah-tengah peperangan, membela hak mereka yang ditindas dan tidak pernah terpesong dari jalan kejujuran dan keadilan. Atas sebab inilah, orang-orang Chechen mesti sentiasa ingat kepada peringatan Allah "Wahai orang-orang yang beriman. Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sering menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adil, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Al-Maaidah, 5), walaupun ketika menentang penindasan Rusia, dan mesti tidak menjadikan orang awam yang tidak bersalah dan tidak bersenjata sebagai sasaran mereka.





Harapan kami adalah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap perbezaan di antara orang-orang Chechen dan pentadbiran Rusia dengan berdasarkan cara yang aman dan sederhana, seperti juga yang akan dilakukan terhadap kes-kes lain yang berlaku di kawasan dunia Islam yang lain.


Bersambung..........





Harun Yahya
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top