Peranan Komunis China yang Anti-Islam di Timur Jauh
Penindasan berdarah yang dikenakan ke atas umat Islam Uighur Turki di Turkestan Timur masih belum reda sehingga kini. China telah menangkap golongan muda Uighur Turki yang menyuarakan penentangan mereka, dengan alasan mereka adalah musuh yang berpotensi di masa hadapan. Untuk melepaskan diri dari penganiayaan tersebut golongan muda telah melarikan diri ke gunung-gunung ataupun ke padang pasir.
Semenjak tahun 1996, berpuluh ribu remaja Uighur Turki telah ditahan di kem-kem yang mana di situ mereka telah dikenakan bermacam-macam jenis penderaan. Sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa telah melaporkan di dalam laporan rasminya bahawa para suspek telah dibawa ke khalayak ramai, dan mereka sama ada dikenakan hukuman berkerja berat ataupun dibunuh oleh skuad penembak di hadapan masyarakat awam. Mahkamah-mahkamah beroperasi di bawah arahan Parti Komunis. Mungkin apa yang lebih dahsyat ialah wanita-wanita mengandung dibawa lari dari rumah mereka. Selanjutnya kandungan mereka digugurkan secara paksa dengan menggunakan teknik yang tidak selamat. Manakala kanak-kanak yang dilahirkan melepasi kuota kerajaan dibunuh, dan harapan keluarga mereka tidak didengari dan dihiraukan.
DIDERA DI TANAH MEREKA SENDIRI
Selepas tahun 1949, rejim komunis Mao telah membunuh kira-kira 35 juta orang Uighur Turki. Sebilangan umat Islam telah dibakar hidup-hidup atau dipukul hampir mati dan kemudian diseret dan dibiarkan mati dalam salji. Yang lain diikat kepada lembu-lembu jantan dan kemudian anggota-anggota badan mereka diceraikan apabila lembu-lembu jantan itu bergerak pada arah yang berlainan. Tiada seorangpun yang dibenarkan untuk mengamalkan agama dengan bebas.
Hari ini, Red China masih mengikut dasar polisi Mao dan melakukan kekejaman yang sama. Tiada sebarang pertubuhan hak-hak asasi manusia yang dibenarkan hidup di Turkestan Timur. Kawalan komunikasi pula terletak sepenuhnya di dalam tangan China. Akibatnya umat Islam menderita teruk.
Dalam masa 2 tahun sahaja, iaitu dari 1995-1997, lebih dari 500,000 Uighur Turki telah ditahan tanpa sebab oleh pihak berkuasa China.
Sepanjang tempoh waktu yang sama juga, lebih dari 5,000 mati akibat penderaan oleh China, ataupun hilang begitu sahaja.
Peristiwa yang berlaku pada bulan Februari 1997 telah menambahkan lagi bilangan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan China. Pada satu malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan tahun itu, yang berlaku pada 4 Februari, lebih daripada 30 orang wanita yang pergi ke masjid untuk menyambut malam yang amat bermakna kepada umat Islam itu, telah dibelasah sewaktu mereka sedang membaca Al-Quran, dipukul oleh ahli-ahli militia China dan kemudian diseret ke ibu pejabat keselamatan. Penduduk tempatan telah pergi ke ibu pejabat dan merayu supaya wanita-wanita tersebut dibebaskan. Namun demikian, mayat tiga orang wanita yang mati akibat diseksa telah dilemparkan kepada mereka yang datang merayu itu. Kemudian, terjadilah pergaduhan di antara penduduk tempatan dengan orang-orang China. Kira-kira 200 orang penduduk asal Turkestan Timur kehilangan nyawa di antara 4 dan 7 Februari, dan lebih 3,500 yang lain telah dipenjarakan di kem-kem. Pada pagi 8 Februari pula, penduduk yang berkumpul di masjid telah dihalang dari mengerjakan solat oleh pasukan keselamatan. Pergaduhan tercetus lagi, dan akibatnya bilangan mereka yang ditahan iaitu seramai 58,000 orang pada April-May 1996, tiba-tiba melonjak melebihi 70,000 orang. Kira-kira 100 orang penduduk yang masih muda telah dihukum mati secara terbuka. Manakala 5,000 orang Uighur Turki telah ditelanjangkan dan dipamerkan untuk tontonan umum di dalam kumpulan-kumpulan yang setiap satunya seramai kira-kira 50 orang.
Setelah mengetahui semua ini, maka kita patut memberi perhatian kerana rakyat Turkestan Timur masih tidak menerima sebarang sokongan daripada Barat sepertimana yang diharap-harapkan.
Kekejaman yang dikenakan oleh komunis China ke atas Uighur Turki di Turkestan Timur masih berlaku sehingga kini, dan ia akan terus berlaku selagi falsafah Darwin-materialis yang menjadi dalang di sebaliknya tidak dihapuskan dengan perkembangan saintifik. Tidak cukup dengan hanya membaca polisi-polisi yang tidak berperikemanusiaan di dada-dada akhbar, melihat gambar-gambar mangsa kekejaman, dan kemudian mengeluh. Langkah-langkah saintifik dan kebudayaan mesti diambil bagi menghancurkan ideologi yang membawa kepada penindasan itu, dan setiap mereka yang beriman mesti mengambil posisi masing-masing bagi melakukan perang intelektual. |
Definisi rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang genocide sudah tepat terhadap apa yang sedang berlaku di Turkestan Timur yang dijajah oleh China itu. Namun, rakyat Turkestan Timur masih tidak mendapat sebarang perlindungan dari PBB. Kira-kira 25 juta umat Islam Turkestan Timur masih menderita disebabkan oleh penindasan China, dan dunia menutup mata atau terus memalingkan muka terhadap kekejaman ini. Terdapat beribu-ribu tahanan politik, dan banyak di antara mereka yang sudah "lenyap" dari penjara. Penderaan ke atas tahanan sudah menjadi satu perkara rutin.
Untuk menamatkan penganiayan di Timur Tengah, pertama sekali dunia mesti diberitahu tentang syarat-syarat perjanjian yang tidak menentu yang sedang berlaku di situ, dan kemudian sekatan antarabangsa mesti dikenakan supaya China dapat merasakan bahangnya. China sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai secara tersembunyi, dan rakyat Turkestan Timur yang ditindas kehilangan cara untuk membolehkan suara mereka didengari. Masyarakat dunia mesti bertindak secara bersama terhadap perkara yang perlu diberi perhatian penting ini.
Harus diingat bahawa punca kekejaman dan penganiayaan di Turkestan Timur terletak pada falsafah Komunis China yang bencikan agama. Perang yang tidak berperikemanusiaan yang dilancarkan terhadap manusia yang tidak berdaya adalah kesan daripada pemikiran materialistik dan komunis yang bersifat ateis. Para pemimpin komunis yang kejam sewaktu abad ke-20 telah me ninggalkan suatu ideologi pembunuh dan kesannya berjuta nyawa terkorban. Turkestan Timur adalah contohnya. Satu-satunya cara yang boleh dilakukan untuk menyekat mimpi ngeri ini dari terus menghantui manusia adalah dengan melancarkan peperangan ideologi untuk menentang ideologi-ideologi atheis seperti komunisme. Penghapusan asas-asas ideologi komunis adalan langkah pertama untuk menamatkan penindasan komunis di muka bumi.
Seperti yang telah ditegaskan di awal bab buku ini, asas kepada komunisme ialah Darwinisme. Karl Marx, iaitu pengasas komunisme telah mendedikasikan bukunya Das Kapital kepada Darwin, iaitu seorang tokoh yang amat beliau sanjungi. Di dalam bukunya yang bertajuk Ever Since Darwin, seorang saintis pro-Marxis-evolusinis yang terkenal telah menulis:
...Marx dan Darwin adalah secocok, dan Marx memuja Darwin setinggi-tingginya... Darwin sesungguhnya seorang pejuang revolusi yang berhemah.22
Pemimpin komunis China, Mao telah berkata menerusi satu ucapannya, "Sosialisme China dibina dengan berasaskan Darwin dan teori evolusi," maka dengan itu jelaslah dari mana beliau mendapat inspirasi terhadap kekejaman yang dilakukannya.23
Himpunan kenyataan ini yang telah mendedahkan asal-usul Marxisme dengan jelas memberitahu kita bahawa Darwinisme merupakan ideologi yang berselindung di sebalik praktis-praktis kejam yang dilaksanakan beberapa tahun dahulu di negara-negara seperti Rusia dan China, dan yang mana sehingga kini ia masih dilakukan terhadap orang-orang Chechen dan umat Islam di Turkestan Timur. (Untuk mengetahui lebih lanjut tentang saintifik Darwinisme dan kejatuhan ideologinya, rujuk bahagian apendiks tentang penipuan evolusi.)
Bersambung..........
Harun Yahya
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar