Saya banyak menulis artikel berkenaan Rosmah Mansor dan skandal/perbuatan/sikap beliau yang lebih 'Kuah dari Nasi'. Banyak klip video berkaitan temuramah dengan adik beliau, mak saudara beliau, sepupu beliau,emak angkat beliau dan anak kepada mak angkat beliau. Hinggakan beliau di panggil 'Perempuan Puaka'.
Dan saya tidak pernah mendengar yang beliau menafikan atau mengiyakan tentang perkara berikut, Dua kali blog saya diserang kerana menulis artikel berkenaan beliau, mungkin juga kebetulan sahaja. Kerana menghormati teguran dari TG Nik Aziz agar tidak memberi gelaran 'Laki Najib' kepada beliau maka saya menerima teguran tersebut.
Secara kebetulan pula saya terbuka satu artikel daripada blog BPN yang membela Rosmah. Oleh itu marilah kita sama memberi sedikit peluang berkaitan hujah dari blog BPN walau pun saya sampai sekarang tidak berpuashati kerana ianya bukan dari mulut Rosmah sendiri.......
Sejak akhir-akhir ini maka 'bertebaranlah' video klip Datin Seri Rosmah Mansor di dalam Internet yang para pelakonnya terdiri daripada beberapa wanita dan lelaki yang didakwa 'rapat' dan mempunyai talian darah dengan beliau. Dalam video tersebut Rosmah secara terang-terangan digambarkan sebagai 'wanita jahat dan berpuaka' yang mengamalkan ajaran sihir untuk menawan hati Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tak cukup dengan itu, Rosmah juga digambarkan sebagai ibu yang kejam kerana mengabaikan anak-anaknya serta kakak yang zalim kerana membuang adik kandungnya sendiri. Tetapi tahukah anda realiti dan kebenaran di sebalik semua tuduhan berat itu? Tahukah anda ia adalah sebahagian daripada strategi pihak tertentu untuk terus mencalitkan arang di muka Rosmah dan Najib setelah usaha sebelum ini untuk mengaitkan mereka berdua dengan kematian Altantuya gagal?
Tahukah anda dalam video klip berkenaan, para penonton telah ditipu hidup-hidup dengan fakta yang jauh menyimpang daripada keadaan yang sebenarnya?
Antara yang paling mengejutkan adalah pengakuan 'adik' Rosmah iaitu Rosmanuddin yang membuat pelbagai tuduhan dan fitnah liar termasuk melabelkan perkataan 'pembunuh' terhadap kakaknya sendiri. Setelah disiasat dan diselidiki, rupanya Rosmanuddin hanyalah anak angkat tetapi telah dianggap sebagai darah daging sendiri baik di pihak Rosmah mahu pun Najib. Rosmanuddin diserahkan oleh keluarga kandungnya kepada ibu bapa Rosmah seawal umur 12 hari lagi di dalam sebuah estet dengan masih berbalut kain batik.
Sejak itu Rosmanuddin disayangi dan dijaga bak menatang minyak yang penuh oleh keluarga Rosmah. Sampai satu tahap, disebabkan ketidakmampuannya memiliki kediaman sendiri, Rosmah membenarkan Rosmanuddin dan anak isterinya tinggal di rumah mereka. Oleh kerana itulah, kad pengenalan Rosmanuddin tercatat alamat kediaman Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta. Tidak cukup dengan itu, Rosmah juga memberi sebuah apartment untuk keselesaan Rosmanuddin dan keluarganya berhampiran kediaman mereka.
Namun Rosmanuddin ternyata telah melampaui batas apabila sering menyalahgunakan nama baik Najib dan Rosmah untuk kepentingan dirinya sendiri. Walaupun Rosmah belum melihat video yang dimaksudkan, Unta Belang difahamkan beliau sangat kecewa di atas tuduhan yang Rosmanuddin 'ciptakan' itu. Lebih menyedihkan Rosmah, Rosmanuddin turut mendakwa yang beliau telah mengabaikan anak-anaknya hasil perkongsian dengan suami terdahulu.
"Ibu mana yang tak sayangkan anaknya," jawab Rosmah yang kesal dengan fitnah tak berasas berkenaan.
Dalam video berkenaan, turut dipaparkan sedutan temubual dengan sepupu Rosmah yang bernama Mohd. Arshad, makciknya yang bernama Induk Leha, keluarga angkatnya Datin Che Mah dan seorang lelaki bernama Ikmal Hisham (anak Datin Che Mah). Difahamkan Rosmah sekali lagi terkejut dengan kemunculan nama-nama 'asing' tersebut kerana tiada seorang pun di antara mereka yang dikenalinya. Rosmah menegaskan, beliau tidak dibesarkan di kampung ibunya dekat Seri Menanti kerana sejak kecil lagi dibawa oleh ayahnya ke Rembau.
Malangnya dalam masyarakat kita, ramai yang malas berfikir. Lebih suka bergantung kepada cerita orang lalu dipencenkan otak sendiri. Apa yang orang cakap ditelan bulat-bulat, apatah lagi jika berita-berita sensasi. Tuduhan jahat itu lebih enak dari segala hidangan istimewa. Dalam kelompok agama pun ada yang sanggup menuduh orang murtad sehingga dipercayai umum.
Sumber yang beginilah yang membawa cerita yang pelbagai untuk menjatuhkan orang yang dibenci, atau yang bersaingan dengan dirinya atau kerana mengangkat namanya.Jika manusia menganggap apa yang disebut masyarakat itu semuanya benar, tentulah masyarakat fasik juga berada atas kebenaran.
Dalam dunia Internet hari ini maruah dan harga diri manusia dijual begitu murah. Seseorang yang ada di hadapan komputer begitu ringan tangan dengan memfitnah orang lain apa yang dia suka. Seakan mereka berasa dosa memfitnah melalui maya itu tidak dapat dikesan oleh Allah atau disoal pada hari kiamat. Para pelayar Internet pula ramai yang menerima khabar bohong itu lalu dijadikan bahan masyarakat untuk memburukkan orang lain.
Sabda Nabi s.a.w. ketika haji terakhir baginda: Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Mereka ini jika ditanya mengapakah awak menyebarkan berita tidak ada bukti yang diterima oleh syarak?
Mereka akan menjawab dia itu musuh kami, kami pejuang Islam dan lagipun ramai orang suka berita itu dan cakap di sana sini. Maka cakap orang ramai pun seakan mengambil tempat wahyu Tuhan dalam kehidupan mereka, lalu terhukumlah ramai manusia tanpa bukti melainkan atas nama ‘ramai orang cakap’.
Astagfirullahazim... (Brokenthecode.blogspot)
Posting Komentar