Faktor budaya dan gaya hidup mempengaruhi genre bacaan masyarakat setempat.
Jepun – Bangsa Jepun mempunyai keyakinan diri yang rendah, jadi genre bacaan paling popular di sana ialah Self Help dan Psikologi. Buku yang terkenal dalam kategori ini di Jepun berjudul, The Courage To Be Disliked, tulisan Ichiro Kishimi dan Fumitake Koga.
Itali – Novel cinta atau Romanzi Rosa @ Pink Novels.
Mexico – Buku dibaca sekiranya filemnya bagus. Buku bestseller di sana antaranya ialah Harry Potter, The Twilight, dan Lord of the Rings.
China – Buku-buku puisi. Ada rancangan TV bertajuk Chinese Poems Conference. Peserta ditunjukkan sekeping gambar sebagai klu, dan diminta berikan nama puisi yang berkaitan. Kemudian, peserta akan bacakan puisi itu. Pemenang utama rancangan ini serta-merta menjadi begitu terkenal.
Britain – Novel fantasi, sejak beribu tahun lalu hingga kini.
Switzerland – Bangsa ini bersifat logikal, jadi mereka memilih buku-buku non-fiksyen.
Nota tambahan: Bangsa Swiss tidak suka membaca novel fantasi kerana beranggapan mereka sudah sedia berada dalam lokasi yang digambarkan dalam dunia fantasi.
Perancis – Novel misteri, dan memandang rendah terhadap karya sains fiksyen dan fantasi.
Sweden – Novel penyiasatan. Nordic Noir adalah nama genre novel jenayah yang ditulis dari perspektif polis. Novel paling terkenal dalam genre ini ialah siri Millennium.
Kanada – Novel penyiasatan dan misteri.
Jerman – Setiap rumah memiliki Perlembagaan Jerman. Statistik jualan tertinggi di Amazon Jerman, yang pertama ialah buku German Civil Laws, (2) German Commerce Laws, (4) Main Tax Codes, (7) Labor Laws. Ini disebabkan mereka menganggap bangsa mereka adalah orang dewasa sebaik tamat persekolahan. Jadi, mereka berikan buku-buku perlembagaan negara ini sebagai hadiah graduasi.
“Mengapa kita pergi juga ke kedai buku di negara luar walaupun kita tidak faham bahasa buku mereka?
Dalam dunia buku, kewarganegaraan tiada makna. Sama ada Hesse berbangsa Jerman ataupun Swiss, tidaklah begitu penting.
Apabila seorang penulis mencapai suatu tahap tertentu dan karyanya diterjemahkan ke seluruh dunia, penulis itu adalah milik seluruh warga dunia buku.
Sesetengah negara mempunyai banyak penulis hebat berbanding negara lain. Namun bukunya dapat dinikmati oleh semua orang.” – Penulis Kim Young-ha.
Azzah Abdul Rahman
Sumber: Abnormal Summit, ep. 163.
Sumber Apa Yang Mempengaruhi Bahan Bacaan Kau? Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar