Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

TERGELAK besar kami apabila mendengar cerita bagaimana suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani, 30, berkongsi saat kali pertama melihat wajah isterinya.

 

 

"Waktu dulu dia comot, sekarang dah cantik" - Pengakuan suami Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari

“Waktu dulu dia comot, sekarang dah cantik” – Pengakuan suami Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari

 

“Pertama kali saya tengok Ummi adalah ketika dia berlakon dalam drama Nur Kasih dan waktu itu saya masih lagi belajar di Ireland.

“Saya dan rakan-rakan sering menonton drama tempatan secara ‘streaming’ dan ketika saya menonton Ummi dikaca televesyen, waktu itu dia comot sikitlah.

“Tapi sekarang dah semakin cantik, lagipun pada waktu itu dia baru berusia 18 tahun,” katanya berseloroh.

 

Tak sangka, wajahnya serius tapi sebenarnya pandai bergurau!

Kata Izzar lagi, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin dengan artis sebelum ini.

“Waktu saya menonton lakonan Ummi, tak pernah langsung terfikir nak berkahwin atau berkenalan dengan selebriti.

“Memang tak terlintas langsung, jadi mungkin inilah yang dikatakan jodoh,”katanya kepada Astro Gempak.

Mengenai bibit-bibit percintaan mereka, Ummi menjelaskan mereka berkahwin bukanlah disebabkan aturan keluarga.

“Sebenarnya pertemuan kami ini bukanlah atas aturan keluarga sebaliknya kami berdua hanyalah diperkenalkan oleh mereka.

“Keluarga juga tidak memaksa kami berdua untuk berkahwin, cuma mereka kata cubalah kenal. Kalau suka proceed, kalau tak suka tak mengapa.

“Jadi bila kami berdua dalam proses perkenalan tiba-tiba rasa suka la pula. Maka terjadilah perkahwinan ini,” katanya ketawa.

Dalam pada itu, Ummi dan Izzar juga mengakui rasa cinta mula berputik selepas bertunang.

“Rasa cinta saya semakin dalam kepada Ummi lepas kami bertunang. Saya tak tahu nak jelaskan bagaimana, sebab bila saya dengan Ummi saya rasa tenang,”ujarnya.

Ummi dan Izzar bernikah dalam satu majlis tertutup pada 23 Julai lalu yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat mereka.

 

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber “Waktu dulu dia comot, sekarang dah cantik” – Pengakuan suami Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top