Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Viral kes runner kena saman kerana visor gelap, ini jawapan JPJ

Viral kes runner kena saman kerana visor gelap, ini jawapan JPJ

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang lelaki memuat naik status di laman facebooknyaapabila tidak puas hati disaman oleh pihak polis kerana memakai visor gelap ketika menunggang motosikal hingga menjadi bahan jenaka dalam kalangan netizen.

 

 

Baca: “10 tahun naik motosikal guna visor gelap, kali ini baru kena saman” – Lelaki luah tak puas hati, namun netizen komen ia sememangnya satu kesalahan

Lelaki itu turut mendakwa bahawa setelah 10 tahun menunggang motosikal, inilah kali pertama saman yang diterima yang paling tidak masuk akal.

Beberapa netizen juga turut memberi respon bahawa saman itu tidak logik kerana ia perkara biasa jika kereta di saman disebabkan tinted gelap kerana bagi mengelak sebarang jenayah berlaku, tetapi menganggap bahawa visor gelap adalah satu keperluan bagi penunggang motosikal bagi melindungi penglihatan.

Memetik laporan portal Pandulaju, mereka telah menghubungi Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ir Mohamad Dalib untuk mendapatkan penjelasan terperinci mengenai penggunaan helmet visor gelap.

Ini adalah jawapan yang diperolehi.

Mengikut kaedah-kaedah Motosikal, Topi Keledar 1973 (PU (A) 43/1973), penggunaan visor gelap adalah satu kesalahan dan mereka yang menggunakannya boleh dikenakan tindakan kompaun.

“Helmet boleh dipasang dengan apa jua jenis visor yang jernih dan tidak berwarna dengan syarat tiada sebarang alat tambahan yang boleh menutup mana-mana bahagian muka di antara kening dengan dagu.

“Cermin visor untuk motosikal mestilah lutsinar 70 peratus dan tidak ada yang terkecuali. Tak kira sama ada orang awam, Polis, JPJ mahupun mana-mana penguatkuasa, penggunaan visor gelap adalah dilarang.

Sementara itu, memetik tulisan Facebook Friends Of PDRM, mereka turut memberi jawapan balas kepada penunggang motosikal berkenaan.

“Kenapa pihak PDRM berhak untuk mengeluarkan saman bagi kesalahan memakai visor gelap ketika menunggang. Kami kongsikan kepada anda muat naik status tersebut.”


“Visor gelap boleh menghalang penglihatan dengan jelas untuk pencerahan sila minta pegawai atau anggota PDRM menerangkan saman yang dikenakan terhadap anda.”

Untuk keselamatan insan lain juga memang gelap untuk halang panas atau halang dari segala-galanya…visor yang gelap ini lah banyak digunakan untuk merompak jadi kita nak kan kebaikan semua.

Hari ini kita ketawakan PDRM laksanakan tugas jika suatu hari nanti ada kes rompak dan samun atau kejadian yang tidak di ingini berlaku lebih-lebih lagi terkena keluarga kita di situ nanti ada kesedaran pada kita mungkin hari ini kita boleh ketawa tetapi esok lusa kita tidak tahu nasib yang berlaku pada diri dan keluarga kita..

Tak salah memohon maaf dan kita akui kesilapan jika benar kita bersalah sesama manusia masih ada timbang rasa.

Sumber : Friends Of PDRM

Via: SK



Sumber Viral kes runner kena saman kerana visor gelap, ini jawapan JPJ Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top