Seorang lelaki dikenali sebagai M Nasir,42, dihadapkan ke mahkamah Pengadilan Negeri Tanjungkarang, Indonesia setelah didakwa membunuh rakannya bernama Bambang.
Pertuduhan dibacakan pada 3 Ogos 2017 di hadapan hakim Qori Mustikawati dengan pertuduhan iaitu membunuh dengan sengaja, dan penganiayaan sehingga menghilangkan nyawa.
Menurut M Nasir, dia tidak dapat menerima tindakan rakannya Bambang Irawan (si mati) yang telah menghisap kemaluannya ketika dia sedang tertidur.
Peristiwa ini terjadi pada 26 November 2014 lepas ketika M Nasir berkunjung ke warung milik Bambang di Jalan Yas Sudorso, Kelurahan Panjang Utara, Panjang.
M Nasir yang baru datang dari Bogor dikatakan menziarahi rakan sekolahnya iaitu Bambang di samping ingin menumpang untuk beristirehat.
Setelah beberapa jam tertidur, M Nasir merasakan ada sesuatu yang bergerak di kelangkangnya dan ketika M Nasir membuka matanya ternyata Bambang sedang asyik menghisap kemaluannya.
Terkejut dengan insiden itu, M Nasir lantas menendang Bambang lalu berlari keluar dari bilik rumah yang ditumpanginya.
Bambang tidak berputus asa lalu turut berlari untuk mengejar M Nasir dan setelah berjaya mengejar, Bambang cuba untuk memeluk M Nasir.
Ketika M Nasir cuba meronta, ternyata Bambang tetap mahu berkeras agar M Nasir tidak melepaskan diri lagi.
Berang dengan tindakan Bambang, akhirnya M Nasir mengambil sebiji batu lalu menghentak kepala Bambang yang akhirnya menamatkan riwayatnya.
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.