Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa sedia kembali untuk menerajui persatuan itu sekiranya tiada mana-mana individu tampil menawarkan diri.

 

 

Tan Sri Annuar Musa sedia terajui kembali KAFA sekiranya tiada yang mahu tawarkan diri

Tan Sri Annuar Musa sedia terajui kembali KAFA sekiranya tiada yang mahu tawarkan diri

 

Annuar berkata kesudiannya untuk kembali mengisi jawatan itu kerana tidak mahu melihat pasukan Kelantan terus hancur begitu sahaja.

Bagaimanapun beliau sedia mengundur diri dan membuka peluang kepada mana-mana individu jika ada pencalonan dibuat sebelum tarikh tutupnya pada 10 Sept depan.

“Jika tiada calon saya sedia duduk bersama Exco KAFA berbincang berkaitan masalah tersebut (isi jawatan presiden), namun saya harap perkara itu tidak berlaku kerana saya mahu membuka peluang kepada individu yang berkemampuan membina kembali pasukan Kelantan.

 

“Saya juga bersedia  memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang mahu menggalas jawatan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini, Sabtu.

Beliau turut menasihatkan mana-mana Exco KAFA yang tidak menyumbang kepada persatuan itu supaya meletakkan jawatan yang disandang mereka dan memberi peluang kepada individu lain untuk berbakti. – Bernama

Sumber: Mstar



Sumber Tan Sri Annuar Musa sedia terajui kembali KAFA sekiranya tiada yang mahu tawarkan diri Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top