Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin membolot dua emas bagi sukan ekuestrian dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menerusi acara endurance berpasukan dan individu, Ahad.

Baginda memenangi emas acara berpasukan bersama rakan sepasukan iaitu Mohd Faris Syafiq dan Mohammad Fuad Hashim.

Seramai 25 penunggang acara kuda lasak dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) memulakan perlumbaan tepat pukul 3 pagi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di sini, Ahad.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengetuai pasukan negara yang turut disertai lima penunggang lain.

Lima pasukan mengambil bahagian dalam acara ini iaitu Thailand, Singapura, Kemboja, Brunei dan Malaysia.

Raja Muda, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan melepaskan para peserta.

Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Semua penunggang perlu melalui trek sejauh 80 kilometer (km) dan mengikut peraturan acara kuda lasak penunggang kuda akan diperiksa di setiap tiga pusingan iaitu 35km, 25km dan 20km bagi memastikan kuda dalam keadaan baik.

Acara dijangka tamat sebelum 5 petang Ahad di TIEP. – Bernama

Sumber: MStar



Sumber Sultan Mizan bolot 2 emas Sukan SEA Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top