Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Satu rakaman video seorang wanita muda diserang secara seksual oleh sekumpulan remaja lelaki dalam sebuah bas di Casablanca mencetuskan kemarahan dan perdebatan di Maghribi.

Video dimuat naik di media sosial pada Ahad lalu, memaparkan empat remaja lelaki mencabul secara seksual seorang wanita sambil ketawa, mengoyakkan pakaiannya serta menghinanya dalam bahasa Arab.

Menurut pihak berkuasa, wanita itu yang mempunyai masalah pembelajaran, dilihat menangis sambil meminta bantuan, namun tiada seorang pun penumpang atau pemandu campur tangan.

Gangguan seksual dan penderaan wanita berleluasa di Maghribi dan tinjauan di seluruh negara mendapati, hampir dua pertiga wanita pernah diganggu secara fizikal, psikologi, seksual atau domestik.

Awal bulan ini, rakaman video menunjukkan sekumpulan lelaki mengganggu seorang wanita di sebatang jalan di Tangier menimbulkan kekecohan di media.

Isnin lalu, pihak berkuasa Maghribi berkata, mereka menahan enam remaja lelaki berusia 15 tahun hingga 17 tahun untuk disiasat berhubung kejadian itu. – REUTERS

 

Sumber: BH Online



Sumber Sekumpulan remaja lelaki 15-17 tahun cabul gadis lembam dalam bas, pemandu bas pula buat tak tahu Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top