Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

“Saya tegur dia dah makan banyak buah mata kucing, tapi dia beriya-iya minta kupaskan sebiji lagi.

“Saya kupaskan, dia makan. Tak lama kemudian, anak saya dah tiada.”

Mohd Fadzil Mohamad, 36, sedang bersiap untuk menunaikan solat Maghrib sebelum anak keduanya, Nor Aina Fariha, 7, meminta dikupaskan sebiji buah mata kucing.

Sebelum kejadian, beliau bersama isteri, Siti Rugayah Ismail, 38, bersama tiga anak mereka termasuk Nor Aina menikmati buah yang dibeli di kedai berhampiran kediaman mereka di Kuarters Klinik Cure & Care (CCRC), Kandis di sini.

Mohd Fadzil mengupaskan buah seperti diminta Nor Aina sebelum anaknya kembali tidak lama kemudian.

“Dia datang dengan suara tersekat-sekat dan memberitahu tercekik biji mata kucing.

“Saya cuba pelbagai cara untuk mengeluarkan biji itu namun tidak berjaya sebelum bergegas membawa Nor Aina ke Klinik Kesihatan Bachok,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, setibanya di klinik, pegawai perubatan mengesahkan murid Tahun Satu itu sudah meninggal dunia.

“Arwah seorang anak yang gemar bercakap dan berbadan sihat selain manja dengan semua ahli keluarga,” katanya yang masih sebak dengan kehilangan anaknya itu.

Jenazah Nor Aina dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Jawa, Teratak Pulai di sini, jam 11.30 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

 

Sumber: BH Online



Sumber “Sebiji lagi abah…” Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top