SIAPA sangka, rupa-rupanya penyanyi Elizabeth Tan tidak pernah mempunyai minat untuk menjadi penyanyi!
Meskipun telah mengeluarkan beberapa single hit seperti Knock Knock dan Setia, namun gadis berusia 23 tahun itu sebenarnya lebih cenderung ke arah dunia lakonan.
Kata Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, selama ini dia menyanyi hanya sekadar suka-suka dan tidak mensia-siakan peluang yang muncul di depan mata.
BACA:
“Sebenarnya dari dulu lagi saya tidak pernah suka menyanyi dan tidak bermimpi untuk jadi seorang penyanyi kerana dari kecil, cita-cita saya mahu jadi pelakon.
“Sebenarnya ia bermula selepas saya menyanyi dan merakamkannya secara suka-suka dan memuat naiknya di laman YouTube dan tidak sangka ia mendapat perhatian.
“Jadi, peluang dan tawaran nyanyian yang datang dulu dan saya sekadar memanfaatkan peluang yang ada tetapi tidak berhasrat untuk serius menyanyi.
“Bayangkan, setiap kali naik ke pentas saya merasakan tiada jiwa dan saya memang tiada karisma seperti penyanyi lain apabila mengadakan persembahan.
“Namun saya tidak pernah menyesal menjadi penyanyi kerana menceburi bidang nyanyian telah menjadi batu loncatan untuk saya turut berada dalam industri lakonan,” katanya kepada Astro Gempak.
Lizzy baru sahaja melancarkan single berjudul Darling yang merupakan ciptaannya sepenuhnya.
Tambahnya lagi, dia akan memperlahankan karier nyanyiannya dan akan berada lebih di belakang tabir.
“Meksipun tidak suka menyanyi tetapi saya seronok menulis, menggubah lagu dan merakamkan lagu di studio cuma saya tidak suka mengadakan persembahan pentas.
“Jadi saya akan terus menyanyi, buat lagu tetapi mungkin tidak seaktif seperti mana di awal kemunculan saya sebelum ini,” katanya lagi.
Baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri My Darling Inspektor Daniel, Lizzy memberitahu dia akan lebih menumpukan kerjaya seninya dalam bidang lakonan selepas ini.
“Tahun ini saya terima banyak tawaran berlakon dan saya sudah kurang mengambil tawaran membuat persembahan pentas.
“Saya seronok belakon kerana ia seperti terapi diri.
“Kalau dalam lakonan, saya banyak mendapat inspirasi dan belajar daripada lakonan aktres Korea kegemaran saya, Jun Ji Hyun.
“Ada juga beberapa tawaran lakonan lain yang datang tetapi saya masih belum putuskan dan ini permulaan baik untuk saya,” katanya.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber “Saya tak pernah minat menyanyi, sebelum ini hanya suka-suka” – Elizabeth Tan mengaku lebih suka berlakon Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar