Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (LCW) hari ini tersingkir dari kejohanan badminton dunia apabila kalah pada babak pertama ketika menentang pemain dari Perancis, Brice Leverdes, 19-21, 24-22, 17-21.

Ianya satu berita yang mengejutkan dan menyedihkan buat negara tetapi yang paling sedih tentulah LCW sendiri.

Malah, jaguh dunia itu turut menyampaikan kekecewaannya menerusi laman Twitternya sebentar tadi dengan berkata: “Today I didn’t manage to play my best. Sorry for letting you down. Sorry 🇲🇾” (Hari ini saya tak berjaya bermain dengan sebaik mungkin. Maaf kerana mengecewakan anda. Maaf Malaysia).

Tweet dari LCW itu seterusnya menerima puluhan balasan dari pengguna laman sosial itu yang rata-rata memberi kata-kata semangat kepada beliau.

Chris berkata: “Tak perlu meminta maaf selepas banyak tahun menjadi yang terbaik dalam badminton untuk rakyat Malaysia 🙂 Kalah atau menang, kami sayangkan anda.

Malah, seorang peminat LCW dari Indonesia turut memberi semangat.

“Biarpun saya rakyat Indonesia, tapi saya fikir tiada sebab untuk anda meminta maaf. Anda seorang lagenda, kekalahan ini tidak akan mengubah fakta itu”. kata Debi Irawan.

Bukan setakat itu sahaja, Perdana Menteri turut sama memberi kata-kata semangat kepada LCW.

“You’ll always be our hero @LeeChongWei (Anda akan sentiasa jadi hero kami Lee Chong Wei).” kata Najib.

 

Kepada LCW, anda tetap wira kami biar apa pun terjadi. Nama anda sudah terpahat di hati kami sebagai seorang juara dan ia kekal disitu.

 

Sumber: Siakapkeli



Sumber “Saya tak bermain baik, maaf kecewakan anda, maaf Malaysia” – Lee Chong Wei Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top