Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

RUMAH tumpangan Jepun, Vitti Lodge & Family Apartment yang terbabit dalam kekecohan melibatkan tiga pelancong Malaysia pada Khamis membuat keputusan untuk membuka semula tempahan kepada rakyat Malaysia mulai semalam.

Terdahulu, Vitti Lodge & Family Apartment membuat keputusan untuk tidak lagi menerima sebarang tempahan daripada warga Malaysia berikutan tindakan penginap dari negara ini yang didakwa telah membuang air besar di bilik mandi rumah tumpangan itu.

“Kami telah menutup tempahan daripada warga Korea dan China daripada menginap tempat kami dan kini kami akan menutup tempahan untuk rakyat Malaysia juga,” menurut satu kenyataan pada Jumaat.

 

Rumah tumpangan Jepun tak jadi 'ban' rakyat Malaysia

Rumah tumpangan Jepun tak jadi ‘ban’ rakyat Malaysia

Vitti Lodge & Family Apartment membuat keputusan untuk tidak lagi menerima sebarang tembahan daripada warga Malaysia berikutan tindakan penginap dari negara ini yang didakwa telah membuang air besar di bilik mandi rumah tumpangan itu.

Namun, dalam satu kenyataan terbaharu di akaun Facebook pada Sabtu, Vitti Lodge & Family Apartment mengambil tindakan untuk tidak memanjangkan isu berkenaan.

“Kami juga mempunyai rakan-rakan Malaysia yang kerap menginap di tempat kami. Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk menginap sini,” katanya pada Sabtu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas video permohonan maaf individu dipercayai bernama Ku Hidayat yang didakwa ‘membuat kecoh’ di rumah tumpangan tersebut, dimuat naik di laman Facebook Vitti Lodge & Family Apartment.

 

 

Permohonan Maaf secara terbuka dgn rela hati Oleh Ku Hidayat.. beliau juga telah melunaskan bayaran ganti rugi (bahagian yg beliau perlu bayar) kpd qaiyum.. Kami terima permohonan Maaf beliau dgn hati yg terbuka.. dan Harapan kami agar ia menjadi pengajaran kpd semua.. supaya kejadian seumpama ini tidak berlaku d tempat lain .. Kami berharap dgn video permohonan Maaf ini.. jangan lh Ada yg mengecam beliau lg… 🙏🏻 Tonton Video sampai hbis ya Sekian..

Posted by Vitti Lodge & Family Apartment on 19hb Ogos 2017

 

 

 

Sumber: Awani



Sumber Rumah tumpangan Jepun tak jadi ‘ban’ rakyat Malaysia Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top