Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

The Speedy Tigers bermula garang dalam aksi pertama hoki lelaki di Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas menang mudah 18-1 ke atas Indonesia, malam ini.

Pasukan di ranking ke-12 dunia itu membuka jaringan seawal minit pertama melalui Faizal Saari, sebelum gol kedua dan ketiga dijaringkan selang dua minit kemudian, masing-masing oleh Fitri Saari dan Razie Rahim.

Anak buah Stephen Van Huizen terus membolosi gawang Indonesia untuk berada dalam keadaan selesa di hadapan dengan sembilan jaringan sebelum menamatkan separuh masa pertama.

Indonesia bagaimanapun berjaya menembusi pertahanan Malaysia dan menjaringkan gol sebaik bermula babak kedua menerusi gol padang oleh Abdullah Al Akbar pada minit ke-34.

Namun pemain negara terus melipatgandakan serangan sebelum menamatkan perlawanan pertama mereka dengan jaringan 18 berbalas satu.

Terdahulu, dalam satu perlawanan berlainan, pasukan wanita negara turut memperoleh tiga mata mudah selepas menundukkan Singapura 5-0.

Dalam satu lagi perlawanan hoki padang lelaki menyaksikan Singapura terikat dengan Myanmar 2-2. – BERNAMA

 

Sumber: Berita Harian



Sumber Malaysia mengamuk bantai Indonesia 18-1 Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top