Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Seorang gadis berusia 17 tahun ditumbuk pemandu GrabCar sehingga tulang hidungnya patah.

 

 

Mahu batal tempahan kerana pemandu tak nak ikut laluan tanpa tol dan hempas pintu, gadis 17 tahun patah tulang hidung ditumbuk pemandu Grab

Mahu batal tempahan kerana pemandu tak nak ikut laluan tanpa tol dan hempas pintu, gadis 17 tahun patah tulang hidung ditumbuk pemandu Grab

 

Mangsa dikatakan mahu membatal tempahan kerana pemandu itu enggan menggunakan laluan tanpa tol walau sedia menunjukkan jalan ke pusat beli-belah Times Square, lapor Kosmo!.

Kakak mangsa dikenali sebagai Felicia, 28 berkata pertengkaran berlaku dengan kata-kata kasar sebelum adiknya memutuskan untuk membatal tempahan.

“Namun, berlaku kejadian yang tidak diingini apabila adik saya ditumbuk lelaki berkenaan pada bahagian hidung selepas didakwa menutup pintu dengan kuat ketika turun dari kereta terbabit,” katanya.

Beliau berkata pemandu itu meninggalkan kawasan Pangsapuri Sri Anggerik, Bandar Puchong di sini, sekitar jam 5 petang kelmarin.

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengesahkan tulang hidung mangsa patah.

Timbalan ketua polis daerah Serdang berkata suspek berusia 30 tahun ditahan sekitar jam 2 pagi semalam selepas laporan dibuat.

Supt Rosdi Daud berkata lelaki itu direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Sumber: Malay Mail



Sumber Mahu batal tempahan kerana pemandu tak nak ikut laluan tanpa tol dan hempas pintu, gadis 17 tahun patah tulang hidung ditumbuk pemandu Grab Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top