Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Altantuya Shaariibuu

Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk mengetepikan saman sivil difailkan terhadapnya oleh keluarga mendiang model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguam Ram Karpal Singh, yang mewakili bapa Altantuya, Shaariibuu Setev dan tiga anggota keluarganya, berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Nasfy Yasin membenarkan permohonan itu dengan kos.

“Saya telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa plaintif berhasrat membuat rayuan mengenai keputusan itu kepada Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Nov sebagai tarikh sebutan kes seterusnya sementara menunggu rayuan yang dicadangkan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Ram Singh, saman keluarga Altantuya terhadap pegawai Unit Tindakan Khas Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar serta penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda tidak terjejas oleh keputusan itu dan akan diteruskan selepas keputusan mengenai rayuan yang dicadangkan itu diketahui.

Shaariibuu, isterinya, Altantsetseg Sanjaa dan dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman itu pada 4 Jun 2007.

Dalam saman berkenaan, keluarga Altantuya menuntut ganti rugi RM100 juta.

Mereka menamakan Azilah, Sirul Azhar, Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Abdul Razak dituduh bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar untuk membunuh Altantuya, 28, pada 2006.

Bagaimanpun, beliau dibebaskan daripada tuduhan itu pada Oktober 2008, tanpa perlu membela diri, manakala Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar serta membebaskan mereka daripada tuduhan itu.

Bagaimanapun, pada 13 Jan 2015, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan serta memutuskan bahawa Sirul Azhar dan Azilah bersalah dan menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Dalam kenyataan tuntutan mereka, keluarga Altantuya mendakwa kematian wanita itu menyebabkan mereka mengalami trauma dari segi mental dan psikologi.

Mereka mendakwa Abdul Razak bersubahat dengan dua pegawai polis berkenaan untuk membunuh Altantuya.

Mereka juga mendakwa Altantuya ditembak dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C-4 oleh Azilah dan Sirul Azhar hingga berkecai di sebuah hutan di Puncak Alam, Shah Alam pada 7 Nov 2006.

Plaintif antara lain mendakwa bahawa akibat tindakan Azilah, Sirul Azhar dan Abdul Razak itu, mereka mengalami penderitaan, terutama dua anak lelaki Altantuya, yang kehilangan ibu tersayang dan pencari nafkah untuk mereka. – Bernama

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Mahkamah benarkan kerajaan ketepi saman keluarga Altantuya Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top