Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Belum reda kemarahan Indonesia ekoran bendera negara mereka dicetak secara terbalik pada buku cenderamata sempena upacara pembukaan rasmi Sukan SEA 2017 semalam, giliran rakyat Brunei Darussalam pula dilihat naik angin.

 

Lepas bendera Indonesia terbalik, bendera Brunei pula tersalah!

Lepas bendera Indonesia terbalik, bendera Brunei pula tersalah!

 

Tular di media sosial hari ini satu kenyataan yang mengecam pihak Malaysia sebagai penganjur sukan dwitahunan ke-29 itu ekoran pemilihan bendera Brunei yang salah pada skrin markah membabitkan nama pemain negara berkenaan.

Individu tersebut mendakwa paparan jalur merah di tengah-tengah bendera tersebut adalah lambang bendera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menghantar semula pegawai terbabit ke sekolah rendah.

“Bendera Brunei pun tak tahu ke? Ini bendera Angkatan Bersenjata kitorang lah bodoh. Cakap tak serba bikinlah organizer Sukan SEA Malaysia ni. Stupid idiot!” ujarnya berang.

Imej yang tersebar di media sosial itu memaparkan nama pasangan duet acara renang berirama dari Brunei, Nur Hafizah Ahmad dan Jacqueline Lim Guan Fan di sebelah lambang yang dianggap pihak penganjur itu sebagai bendera Brunei.

Semalam, Jawatankuasa Pengelola KL 2017 (Masoc) menerusi satu kenyataan memohon maaf kepada rakyat Indonesia ekoran kesilapan bendera republik itu yang dicetak secara terbalik dengan warna merah di bahagian bawah dan putih di atas.

“Pengerusi, Khairy Jamaluddin akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Imam Nahrawi (Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia) esok (hari ini) untuk sekali lagi memohon maaf bagi pihak Masoc.

“Kesilapan ini adalah amat dikesali dan kami percaya hubungan erat antara kedua-dua negara akan diperkukuhkan di bawah semangat Sukan SEA,” dipetik daripada kenyataan yang turut silap mengeja perkataan cenderamata pada perenggan pertama sebagai ‘cendermata’.

Sumber: Malaysia Dateline

 



Sumber Lepas bendera Indonesia terbalik, bendera Brunei pula tersalah! Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top