Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Lelaki ini kongsi pengalaman menyesal pergi hospital kerajaan, sesak nafas tapi doktor bagi ubat gastrik, suntik dan balik rumah...

Lelaki ini kongsi pengalaman menyesal pergi hospital kerajaan, sesak nafas tapi doktor bagi ubat gastrik, suntik dan balik rumah…

Acap kali kita dengar cerita dan rungutan orang ramai tentang buruknya layanan hospital kerajaan kepada pesakit yang ingin mendapat rawatan disana.

Bagaimapun, seharusnya kita tidak mudah untuk percayai dengan khabar angin yang dibawa oleh orang lain melainkan kita merasainya sendiri.

Seorang pengguna dilaman Facebook berkongsi kisah pengalamannya mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan .

Mari kita ikuti perkongsian dari Izman Pauzi ini yang bercerita tentang hospital terlampau.

Hospital terlampau..

Sebenarnya saya agak keberatan hendak bercerita hal ini kerana ia melibatkan soal kesihatan dan maruah.

Namun mengenangkan ramai bercerita tentang buruknya layanan hospital kerajaan sebelum ini, saya terpanggil berkongsi kisah ini.

Jam 1.00 pagi pada 5 Ogos 2017, dada saya terasa sesak dan sukar bernafas. Saya menelan ubat gastrik, menyapu minyak angin dan mengurut dada sendiri, anggap ia cuma angin.

Terdahulu, dalam minggu itu saya sudah kerap ke klinik swasta untuk mendapat rawatan dan diberi sijil cuti sakit (baca : MC). Cuma orang HR seperti saya lebih rela menanggung sakit di pejabat berbanding menggunakan MC yang diberi.

Sudah 4 buah klinik saya pergi untuk rawatan bagi otot kejang, sakit dada, kembung perut, loya dan muntah-muntah. Dan kemuncaknya adalah hari sabtu bertarikh 05/8/17 itu. Ketika ini, semakin lama semakin sesak dada, bahagian kiri abdomen saya pedih dan otot tangan dan kaki saya terasa kejang silih berganti (terjemahan : muscle cramp).

Jam 5.00 pagi, saya sudah tidak mampu bertahan sesak nafas. Saya kejutkan isteri dan beritahu ingin ke klinik 24 jam untuk mendapatkan rawatan.Isteri mengejutkan anak sulong kami Luqman kerana risau saya memandu bersendirian biarpun saya meyakinkan saya masih okey.

Terdapat beberapa klinik 24 jam dan hospital swasta dalam jarak radius 10 kilometer dari rumah saya, namun isteri mencadangkan saya terus ke hospital kerajaan yang jaraknya dalam 5 KM. Saya akur, lagipun saya cuma mahukan bekalan oksigen dari tangki.

Di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR), saya terus di rujuk ke bahagian Ashma dan Respitori setelah disaring di bahagian kecemasan.

Saya tanpa malu meminta oksigen kerana sangat sukar bernafas tetapi doktor bertugas membuat pemeriksaan rapi, bertanya sejarah perubatan serta simptom kesakitan.
“Encik Izman tak ada sejarah asthma, jadi kami tak boleh terus bagi oksigen untuk orang asthma. Kita bagi ubat gastrik dan cucuk ubat dahulu. Tunggu keputusannya dalam 20 minit, jawab doktor lelaki Melayu tersebut. Jawapan itu dipersetujui oleh rakannya doktor Lelaki berbangsa India.

Saya redha dalam terpaksa. Terasa menyesal juga tidak terus ke hospital swasta. Saya kemudiannya diberi minum ubat gastrik dan diberi suntikan. Mereka meletakkan saya bawah pemerhatian rapi dan di soal hampir setiap 5 minit tentang keadaan saya.

Setelah 30 minit, mereka memeriksa jantung pula. Berselirat wayar di tangan, kaki dan di dada. Takutnya saya bukan kepalang. Jururawat bertugas tidak henti-henti meminta saya bertenang apabila melihat saya yang menggeletar ketakutan.

Alhamdulillah, jantung saya okey.  Terdahulu, tekanan darah sayapun okey. Kandungan gula saya okey. Mereka tidak berpuas hati dan memeriksa darah saya dan menghantar ke makmal pula. Berdebar saya menunggu. Alhamdulillah, keputusan darah saya okey.

Doktor bertugas bertukar syif dan saya terus dipantau secara ketat dan terperinci. Luqman memberitahu saya telah tertidur semasa rawatan dan doktor tetap memeriksa saya dan tidak membenarkan Luqman mengejutkan saya.

“Biarkan ayah tidur, dia penat tadi susah bernafas”, kata doktor wanita Melayu yang mengganti tugasan. Saya tertidur di kerusi rawatan dan juga di katil.

Apabila saya sedar, saya disoal mengenai tahap kesihatan saya kerana saya sudah semakin pulih. Pernafasan saya sudah sempurna.

Mereka bersetuju melepaskan saya dari rawatan dan menyuruh saya segera ke hospital jika berulang, saya menyanggupinya.

Sebelum dibenarkan pulang, saya diperiksa jantung sekali lagi. Kali ini lebih lama. Saya menggeletar lebih kuat berbanding sebelumnya. Takutpun ya, kesejukkanpun iya juga.

Lebih kuat getaran apabila dada saya yang terdedah di sentuh oleh jururawat pelatih yang comel lote. Dua orang asal Kelantan dan seorang dari Kedah. Huhu.

Alhamdulillah, jantung saya okey!

Dalam jam 11.30 pagi saya dibenarkan pulang setelah mengambil ubat di farmasi. Cuma ubat gastrik dan garam dehidrasi ( nota : oral rehydration salts).

Saya pulang ke rumah dengan syukur dan menyambung tidur yang terganggu. Petang itu dan petang keesokkan harinya saya sudah aktif memancing.

Sakit apa?

Alhamdulillah, selain gastrik, saya tiada sakit lain. Kesakitan tersebut berpunca dari penolakan sistem badan saya terhadap vitamin kalsium yang saya mula makan pada dua minggu tersebut. Ia benar kerana saya sudah sihat setelah meninggalkan pemakanan kalsium.

Kalsium menyebabkan perut saya meragam dan meningkatkan asid perut, loya, muntah, cirit-birit dan kejang otot.

Terima kasih doktor, jururawat dan petugas Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang atas dedikasi dan khidmat cemerlang anda.

Jadi apa yang hospital tu melampau?

Bayarannya cuma RM1.00 untuk rawatan terbaik. Tak masuk akal langsung!.
HAHA!

Sumber- Izman Fauzi

Via: SK



Sumber Lelaki ini kongsi pengalaman menyesal pergi hospital kerajaan, sesak nafas tapi doktor bagi ubat gastrik, suntik dan balik rumah… Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top