Seorang lelaki yang berkahwin empat tidak mahu mana-mana anak lelakinya berpoligami kerana tanggungjawabnya “sangat berat”.
Malah, Mohd Nor Awang, 66, akan menjadi orang pertama membangkang jika ada anak-anaknya mahu berbuat demikian, lapor Harian Metro.
“Setakat ini, anak-anak tidak pernah menyatakan hasrat mereka untuk menambah ‘cawangan’, jika ada pasti saya akan menjadi orang pertama yang membangkang,” katanya
Dikenali sebagai Abe Nor, beliau tidak yakin anak-anaknya mampu memikul tanggungjawab berkahwin lebih daripada seorang.
“Perkahwinan bukan perkara main-main, jika mempunyai seorang isteri pun sudah tidak mampu untuk menjadi ketua keluarga yang baik, tidak mungkin mampu untuk beristeri lebih.
“Apa guna berkahwin ramai jika suasana keluarga menjadi tidak aman dan ia perkara yang paling pantang dalam kamus hidup saya,” katanya yang menetap di Kampung Tok Fakir, Merchang di sini.
Empat isterinya, Wan Rukiah Mat Yusoff, 61; Khalthum Dollah, 48; Noraini Daud, 50, dan Suzi Sulong, 43, dikahwini antara 1973 hingga 2008.
Beliau memiliki 18 anak berusia antara 13 hingga 43 tahun. Tiga daripada sembilan anak lelakinya sudah berkahwin.
Percaya seseorang bapa lebih tahu kemampuan anak-anak, Abe Nor berkata tiada antara mereka pernah berhasrat untuk “menambah cawangan”.
Beliau berpendirian demikian demi memastikan semua anak-anaknya, lapan menantu dan 18 cucu hidup dalam suasana gembira.
Sumber: Malay Mail
Sumber Lelaki beristeri empat pantang jika anak-anak lelakinya mahu ‘tambah cawangan’ Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar