IMPIAN Datuk Lee Chong Wei memburu gelaran juara dunia buat kali pertama berkubur apabila tumpas di pusingan pertama Kejohanan Dunia di Glasgow, hari ini kepada pemain Perancis, Brice Leverdez.
Beliau diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan kalah dalam aksi tiga set 19-21, 24-22, 17-21 memakan masa selama satu jam 15 minit.
Ini kekalahan kedua bekas pemain nombor satu dunia itu kepada Leverdez selepas jaguh perseorangan negara itu tewas pada suku akhir pada Terbuka Denmark tahun lalu.
Kekalahan membuatkan peminat badminton dunia tidak dapat menyaksikan pertembungan epik beliau menentang musuh nombor satu dari China, Lin Dan pada final.
Sumber: Harian Metro
Sumber Lee Chong Wei kempunan lagi, kalah pusingan pertama kejohanan dunia kepada pemain Perancis Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar