KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengarahkan sebuah kilang di sini supaya menarik balik semua tepung rangup yang dibungkus dengan kertas pembungkus kapur siling daripada pasaran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil siasatan mendapati kilang berkenaan telah tersilap menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup tersebut.

“Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu yang tular di media sosial berhubung dakwaan sebuah premis menjual pisang goreng di Puchong, Selangor, dicampur dengan kapur siling bagi merangupkan makanan tersebut.