Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

TANGGAL 14 Ogos 2017 lalu menjadi hari cukup bersejarah buat Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim setelah melangsungkan perkahwinan dengan Dennis Muhammad Abdullah.

Istiadat perkahwinan itu diadakan dalam acara yang gilang gemilang dan penuh dengan istiadat budaya Melayu Johor.

 

Puteri tunggal ini mengenakan busana tradisi Johor, baju kurung Teluk Belanga membuatkan penampilan Tunku Tun Aminah yang ringkas itu ternyata menjadi bualan netizen hingga ke hari ini.

“Tuanku Sultan pernah menunjukkan gambar perkahwinan ayahandanya (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail) dan bondanya (Enche’ Besar Kalsom Abdullah) yang diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi Johor.

“Baginda meminta saya mencontohinya bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor.

“Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya,” kata Tunku Tun Aminah menerusi wawancara bersama The Royal Johor Press.

Namun, apa yang lagi yang menarik tentang busana yang dikenakan oleh puteri cantik ini adalah lipatan lengannya yang dilipat sehingga kelihatan agak senteng.

Ramai wanita yang menyedari akan perkara ini malah membuatkan mereka tertanya-tanya kenapa.

Okay, kalau diperhati pada gambar ini ciri tersebut ada pada busana perkahwinan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Enche’ Besar Kalsom Abdullah.

Sebenarnya, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baharu. Lipatan itu sememangnya satu gaya dan elemen pada busana Johor asli.

Malah, lengan lipat ini turut diaplikasi oleh lelaki Johor ketika menggayakan baju melayu Teluk Belanga.

Mungkin ada segelintir yang berasa janggal ketika melihat, namun gaya tersebut adalah cukup indah dikenakan oleh seorang puteri.

Orang ramai memuji keputusan Tun Tunku Aminah yang mengenakan busana itu ketika majlis itu kerana bukan sahaja nampak manis sekali gus mengangkat lagi budaya negeri Johor.

 

Sumber: MYNEWSHUB/AmyMaizura



Sumber Kisah Lengan Baju Tunku Tun Aminah Nampak ‘Senteng’ Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top