APALAH nasib jurumekap yang sorang ni. Akibat dipukul. dia terpaksa menerima beberapa jahitan di bahagian tengah kepala!
Apa kes pulak ni? Jurumekap yang dikenali sebagai Eva Shahrul dikatakan telah dipukul oleh seorang juruaudio ketika mereka sedang menjalani penggambaran filem terbitan sebuah syarikat produksi tempatan.
Kata rakan baik Eva yan dikenali sebagai Deqsha, kejadian itu dikatakan telah berlaku kerana ada salah faham antara kedua-dua pihak pada minggu lalu.
“Apa yang saya kesalkan, pihak produksi seolah-olah tak mengendahkan hal ni sebab masih benarkan juruaudio tersebut berada di set, sedangkan Eva trauma untuk berada di sana.”
“Macam mana dia tak dikenakan tindakan lepas dah cederakan rakan sekerja yang lain? Pihak produksi pun tak ada ambil tindakan pun,” katanya yang sangat membela rakannya itu.
Pada mulanya Eva cuma mahu mendiamkan diri tapi sebagai rakan baik, Deqsha yang juga merupakan salah seorang jurumekap artis berpengalaman, memaksa Eva untuk memberi aduan.
Ini termasuk laporan terus kepada Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) agar kebajikan mereka selaku pekerja di bahagian produksi terjamin.
“Di Malaysia memang tiada persatuan yang mewakili jurumekap, sebab itu kami yang bekerja untuk produksi tempatan bergantung harap dengan Profima jika ada apa-apa berlaku.”
Tambah Deqsha lagi, walaupun dia bukan lah yang terpaksa menerima jahitan di kepala, namun dia memandang serius tentang perkara ini kerana ia dapat membahayakan nyawa seseorang.
Semoga pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan tentang isu ini agar ianya tidak berpanjangan.
Sumber: MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
Sumber Jurumekap artis, Eva Shahrul diserang sehingga terpaksa terima beberapa jahitan di kepala Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar