Pelakon Puteri Sarah Liyana yang juga isteri kepada pengarah Syamsul Yusof berhadapan dengan situasi cemas semalam apabila keretanya dilanggar dari belakang.
Bagaimanapun ketika dihubungi Utusan Online, Sarah memberitahu dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan bersama anaknya Syaikhul Islam yang turut berada dalam kereta.
“Sebenarnya kejadian berlaku berdekatan dengan rumah saya dalam keadaan hujan dan jalan sesak, memang saya tidak berani mahu bawa kereta laju. Tiba-tiba ketika berhenti sebuah kereta dari belakang tidak sempat brek lalu melanggar belakang kereta saya.
“Paling merisaukan adalah anak saya ketika itu di belakang. Memandangkan kami hanya berdua dalam kereta saya memang takut. Mujur selepas memeriksa keadaan Syaikul dia okey,” katanya.
Sementara itu kata Sarah memandangkan keadaan keretanya juga tidak teruk jadi dia mengambil keputusan untuk menyelesaikan kemalangan itu secara sendiri tanpa menunggu suaminya.
“Memandangkan kereta saya tidak teruk jadi saya tidak mahu menunggu Syamsul sebab dia pun sedang sibuk.
“Cuma pagi ini baru saya sempat buat laporan mengenai kemalangan tersebut,” jelasnya.
Dalam pada itu berkongsi pengalaman, kata Sarah melihat apa yang berlaku dia sangat bersyukur untuk membiasakan anaknya Syaikul berada dalam kerusi kereta bayi. Jelasnya dia berharap mereka di luar sana juga mengambil berat akan keselamatan anak-anak sewaktu memandu.
“Memang saya tidak kompromi soal kerusi kereta bayi, sebab itu setiap kali saya dan suami memandu anak akan diletakkan siap-siap di tempatnya. Sebab kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku.
“Sebab itu saya juga minta ibu bapa di luar sana ambil berat soal ini,” katanya.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah kemalangan, kereta dilanggar dari belakang Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar