Penyanyi baru, Syafiq Farhain menerusi laporan Harian Metro semalam telah pun memohon maaf sekiranya sebelum ini dia pernah bercerita mengenai bapanya Saleem apabila ada yang bertanya tentang perkara itu.
Tambah Syafiq, hubungannya dan Saleem masih lagi baik. Terbaru, isteri Saleem yang juga merupakan pengurusnya tampil untuk bertemu dengan pihak syarikat rakaman Syafiq bagi menyelesaikan beberapa perkara berbangkit.
Video yang dipancarkan secara langsung di laman Facebook Utusan Online itu menerima pelbagai respon daripada netizen.
Jangan kaitkan nama Saleem dalam promosi
Menerusi video berdurasi 20 minit yang dirakamkan Utusan Online itu, Julia jelas berang dengan tindakan syarikat rakaman Syafiq Farhain yang didakwa menggunakan nama Saleem bagi mempromosikan lagu baru penyanyi itu.
Mulanya saya warning dia, kau nak promosi album baru kau, jangan kaitkan nama Saleem. Kaut keuntungan poket sendiri. Saleem masih hidup.
Apa motif nak pakai nama Saleem untuk promosikan album baru kau. Saya dah bagi surat larangan tapi mereka buat juga. Jangan kaitkan nama Saleem dalam promosi album. Berdiri di atas bakat sendiri.
Dakwa Julia lagi, kenapa perlu berterusan menyebut nama Saleem dalam sebarang promosi.
KEMASKINI: Pihak syarikat rakaman mohon maaf
Wakil pihak rakaman telah pun meminta maaf secara terbuka kepada Saleem dan pengurusnya. Sebarang promosi Syafiq Farhain selepas ini takkan lagi menyentuh nama Saleem.
Posting Komentar