Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Seorang bapa yang menjadi bualan netizen selepas memuat naik posting sinis yang menggambarkan ‘keprihatinan’ rakyat Malaysia terhadap anaknya ketika berada dalam komuter tampil memberi penjelasan di sebalik kejadian berkenaan.

 

 

"Faham-faham sendirilah kalau ada kesedaran sivik, takkan itu pun nak minta" - Bapa upload gambar penumpang komuter yang tak beri anak-anaknya tempat duduk

“Faham-faham sendirilah kalau ada kesedaran sivik, takkan itu pun nak minta” – Bapa upload gambar penumpang komuter yang tak beri anak-anaknya tempat duduk

 

Posting tersebut yang menunjukkan gambar dan video dua anak lelakinya ‘dibiarkan’ berdiri oleh penumpang yang mendapat tempat duduk dalam komuter bukan sahaja mencetuskan pertikaian di laman sosial, tetapi turut mengundang kecaman netizen.

Netizen berpandangan, lelaki berkenaan sepatutnya bersuara meminta tempat duduk untuk anaknya daripada penumpang yang sedang duduk, bukannya bertindak membuat rakaman kejadian dan menghebahkannya di Facebook.

Ismail Said, 37, berkata orang ramai tidak seharusnya cepat melatah, sebaliknya mengambil pengajaran daripada posting tersebut yang sebenarnya mempunyai mesej yang ingin disampaikan.

 

“Mesejnya sangat besar, pengajaran untuk rakyat Malaysia bila naik kenderaan awam jangan pentingkan diri sendiri.

“Tak perlu meminta, faham sendirilah kalau ada kesedaran sivik, lagipun dah ditulis di situ beri keutamaan tempat duduk kepada golongan yang memerlukan,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Ismail, kejadian itu berlaku petang Ahad ketika dia, isteri dan tiga anaknya yang berusia lima, empat dan dua tahun menaiki komuter dari Kuang ke Salak Selatan untuk pulang ke rumah mereka di Bandar Seri Permaisuri.

Pengasas minyak wangi Istally ini berkata, apabila tren tiba di stesen Kuang selepas menunggu lebih kurang satu jam, mereka berlima terpaksa berdiri kerana tempat duduk sudah penuh.

“Bila tengok penuh saya reda, walaupun masa tu anak saya tak berapa sihat, tapi dia pun tak pula merengek atau menangis, jadi saya fikir tak apalah.

“Tapi tak lama lepas tu bila saya nampak watak-watak yang duduk tu hanya pandang tiga anak saya berdiri terhoyong-hayang dan ada yang buat-buat tak nampak main ‘phone’, terdetik dalam hati ‘kenapa mereka tak faham”, katanya.

Ismail berkata, dia terfikir untuk merakamkan situasi itu apabila ‘geram’ dan benar-benar tidak menyangka tiada seorang pun daripada penumpang yang sedang duduk itu bangun atau sekurang-kurangnya mempelawa tempat duduk kepada tiga anaknya.

“Saya betul-betul tak sangka, bukankah kalau nampak ibu mengandung, warga emas, orang cacat atau kanak-kanak berdiri dalam kenderaan awam, penumpang yang duduk automatik kena bangun beri tempat duduk, takkan sampai kena minta,” katanya.

Bagaimanapun katanya, dia hanya berniat untuk berkongsi kisah ini dengan rakan-rakan di Facebook apabila memuat naik gambar dan video tersebut dengan menulis ‘Terima kasih kerana ‘SIMPATI DAN MEMBIARKAN’ si kecil ini berdiri sekian lama dalam tren komuter dari Kuang ke Salak Selatan KL’.

“Tak berniat nak viral, cuma nak kongsi rasa marah dan nak pertahankan hak anak saya dengan kawan-kawan di Facebook.

“Tak ada niat nak malukan sesiapa, tapi saya akui saya patut kaburkan watak-watak dalam video tu sebelum muat naik ke media sosial,” katanya.

Posting tersebut bagaimanapun katanya telah ‘hilang’ di Facebooknya dan dia menganggap terdapat pihak yang membuat aduan berhubung posting itu.

Mengenai tuduhan dan komen negatif netizen, termasuklah yang mendakwa masih terdapat tempat duduk kosong ketika kejadian dan penumpang yang duduk itu bukan warganegara Malaysia, Ismail berkata, hanya dia yang tahu situasi sebenar.

Dia menambah, walaupun terdapat kecaman, ramai juga yang menyokong dan bersetuju dengan tindakannya memuat naik posting tersebut yang dianggap boleh menjadi pengajaran kepada masyarakat.

“Mereka boleh kata apa saja tapi saya yang ada di situ dan merasai situasi pada masa itu.

“Saya cuma harap apa yang berlaku ini dijadikan pengajaran, rakyat Malaysia…kesedaran sivik amat penting, kalau diabaikan, setiap harilah kita akan lihat situasi seperti ini berlaku terang-terangan depan mata,” katanya.

Selepas apa yang berlaku Ismail berkata, dia akan membuat pertimbangan terlebih dahulu untuk naik kenderaan awam bersama keluarga bagi perjalanan jarak jauh.

Sumber: Mstar



Sumber “Faham-faham sendirilah kalau ada kesedaran sivik, takkan itu pun nak minta” – Bapa upload gambar penumpang komuter yang tak beri anak-anaknya tempat duduk Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top