Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

JABATAN Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sudah menemui tiga wanita yang menjadi mangsa individu gila seks yang menyamar sebagai doktor di Besut.

Pengarah JKNT Dr Mohammad Omar berkata, pihak pengurusan atasan sudah menghubungi dan menemui pesakit serta ahli keluarga masing-masing bagi menjelaskan insiden yang tidak disengajakan.

“Mereka memahami situasi berkenaan namun bagi pihak jabatan, kita memandang serius insiden ini kerana ia pernah berlaku sebelum ini iaitu pada 2010 dan 2013 walaupun pekeliling peringatan sudah diedarkan.

“Kakitangan klinik diperdayakan lelaki yang menyamar sebagai doktor pakar tetapi tindakan mendedahkan maklumat pesakit kepada pihak lain terutama melalui telefon adalah yang salah.

“Ia bukan amalan biasa bagi klinik dan hospital di negeri ini sekali gus menjadi satu salah laku serius kerana mendedahkan kerahsiaan pesakit dan bertentangan undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan sudah dibuat dan tindakan sewajarnya sedang diambil oleh pihak jabatan terhadap semua kakitangan berkenaan.

Katanya, JKNT sentiasa mengamalkan dan menjaga kerahsiaan pesakit dan apa yang berlaku adalah kesilapan yang sangat dikesali.

“Kita mengarahkan dan mengingatkan semula semua klinik dan hospital supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

Akhbar melaporkan orang ramai jangan mudah tertipu dengan helah yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab apabila menyamar sebagai pegawai perubatan itu kerana dipercayai individu gila seks.

Ia berikutan laporan diterima JKNT mengenai tindakan pihak tertentu menghubungi orang ramai terutama wanita dengan mendakwa dirinya doktor memperkenalkan diri sebagai Dr Haji Abu Bakar.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Dr Haji Abu Bakar gila seks, staf klinik bocor info diambil tindakan Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top