Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi menolak dakwaan yang dia berasa terancam dengan ugutan yang diberikan seorang selebriti Singapura, Nick Mikhail Razak.
Jelasnya laporan polis yang dibuat oleh Pengerusi Biro Perpaduan dan Antarabangsa Seniman iaitu Datuk Subash Sundaramoorthy, 36, di Balai Polis Taman Melawati semalam adalah di luar pengetahuannya.
“Bukan saya takut, malah saya juga tidak tahu mengenai laporan polis yang dibuat ini sebelum ini.
“Saya diberitahu tindakan mereka membuat laporan itu tidak sekadar sebab ugutan tetapi atas tiket tidak mahu artis seperti bermasalah seperti Nick Mikhael masuk ke negara ini. Sebenarnya saya juga tidak tahu sama ada dia seorang artis di sana,” katanya kepada Utusan Online.
Sementara itu ketika ditanya sama ada dia memang sengaja mencetuskan persengketaan dengan anak seni Singapura yang bekerja di negara ini, kata Zed perkara itu tidak benar sama sekali.
“Rasanya sebelum ini ada sahaja saya bersuara mengenai artis dari negara lain. Bila pula saya ada masalah dengan artis dari Singapura sahaja.
“Jangan main isu negara di sini sebabnya itu bukan niat saya,” jelasnya.
Sementara itu, Seniman membuat laporan polis terhadap seorang selebriti televisyen Singapura iaitu Nick Mikhail Razak selepas individu itu didakwa mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zed Zaidi, semalam.
Selain Datuk Subash Pengerusi Biro Penguatkuasaan Perlesenan dan Tata Tertib Seniman, Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego turut berada di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang.
Ia ekoran daripada video ugutan dan kata-kata kesat oleh Nick Mikhail Razal terhadap Zed Zaidi menjadi tular selepas dia memuat naiknya secara langsung di Facebook. Dalam video berdurasi empat minit itu menunjukkan Nick yang tidak berpuas hati dengan kenyataan peribadi Zed mengenai kontroversi membabitkan pelakon Singapura, Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astilah baru-baru ini.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Diugut Nick Mikhail, Zed Zaidi bukan takut tapi tak tahu Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar