Penyanyi Saleem berkata, beliau tidak pernah membuat sebarang kenyataan yang menafikan bahawa pendatang baharu dalam dunia nyanyian, Syafiq Farhain, 23, adalah anak kandungnya sendiri.
Menolak tanggapan segelintir pihak yang menuduh dia sudah ‘membuang’ anaknya itu, Saleem, 56, menegaskan, semua itu merupakan salah faham yang perlu segera diperbetulkan dan meminta supaya masyarakat tidak terus menghukum dia dan isteri, Julia Bachok, 53.
“Anak tetap anak. Dia tetap anak saya, walaupun apa yang terjadi. Kalau ada yang membuat tuduhan saya sudah membuang anak, itu salah sama sekali. Mereka tetap darah daging saya sampai bila-bila,” tegas Saleem.
Menurut vokalis kumpulan Iklim ini, dia tetap memberi sokongan kepada Syafiq setelah anak muda itu memberitahu mahu mengikuti jejak langkahnya sebagai penyanyi pada awal tahun lalu.
“Apabila dia hendak jadi penyanyi, saya beri galakan dan nasihat, malah saya yang mencadangkan kepada dia supaya bernaung di bawah syarikat MVM Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat induk kepada syarikat rakaman naungan saya sendiri, Rusa Music.
“Jadi, kalau saya ‘buang’ dia, tidak mungkin saya menolong dia sampai mampu bergelar artis rakaman hari ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
Terdahulu melalui video yang tular awal minggu ini, Saleem dan isteri telah ‘menyerang’ syarikat rakaman MVM Sdn. Bhd. yang juga merupakan syarikat yang menaungi anaknya itu.
egitu, sebagai bapa tentu sahaja dia mahu Syafiq belajar banyak perkara untuk bergelar artis popular.
Saleem juga mahu Syafiq melalui pahit getir untuk berjaya seperti mana yang sudah dilalui olehnya sejak tiga dekad yang lalu.
“Saya mahu dia berusaha sendiri tanpa menumpang populariti sesiapa. Saya percaya keperitan dilalui itu akan membuatkan dia lebih kuat dan menjadi penyanyi hebat pada masa depan,” katanya.
Sumber: Utusan Online
Sumber “Dia tetap anak saya, walau apa terjadi.. tetap darah daging saya sampai bila-bila” – Saleem Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar