Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Pelakon dan penerbit, Datuk Boy Iman, terpanggil untuk membantu atlet muda negara, Nik Fariezal Erman Nik Abd Hadi, 21, yang berdepan kesulitan untuk bergelar ahli sukan berjaya.

 

Datuk Boy Iman taja atlet lompat kijang yang berkerja sambilan sebagai penjaga parkir dan pengawal keselamatan

Datuk Boy Iman taja atlet lompat kijang yang berkerja sambilan sebagai penjaga parkir dan pengawal keselamatan

 

 

Boy menerusi syarikatnya, DBI Technology Sdn Bhd, tampil menghulurkan bantuan kepada atlet olahraga berkenaan menerusi tajaan wang tunai dan barang sukan.

Kata Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abd Rahman, tajaan berkenaan ialah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat itu dalam membantu bidang sukan, terutama atlet muda.

“Kami sangat berbesar hati dan berbangga kerana dapat menaja atlet muda yang menjadi sumber inspirasi rakyat Malaysia untuk bertanding pada kejohanan berprestij di rantau Asia Tenggara ini.

“Nik Fariezal juga membuktikan impian kita mampu menjadi kenyataan jika berusaha bersungguh-sungguh biarpun berdepan dengan pelbagai rintangan dan kesusahan,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Nik Fariezal kini berada pada kedudukan kedua di belakang pemegang rekod kebangsaan, Muhammad Hakimi Ismail.

Beliau ialah pemegang pingat emas acara lompat kijang dan pingat perak acara lompat jauh Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, tahun lalu.

Anak ketika daripada enam beradik terbabit dikatakan berlatih sejak akhir tahun lalu tanpa sebarang elaun bulanan dan bantuan tempat tinggal, selain menggunakan wang saku sendiri dan menumpang di rumah orang.

Nik Fariezal terpaksa melakukan kerja sambilan seperti menjaga parkir dan pengawal keselamatan.

Ketika dia menyertai Terbuka Thailand pada Ramadan lalu, sebagai pemilihan terakhir ke Sukan SEA 2017 (KL2017), hanya beberapa ringgit berada dalam sakunya.

Namun anak muda itu mempamerkan aksi cemerlang dengan catatan sejauh 15.29 meter pada kejohanan berkenaan, sekali gus meletakkan dirinya pada kedudukan kedua di Malaysia, tahun ini, dan layak bersaing di KL2017.

Untuk rekod, anak jati Dungun, Terengganu itu ialah pemenang pingat perak Kejohanan Sekolah Asia dan pingat emas Kejohanan Sekolah ASEAN 2014, pingat perak Kejohanan Terbuka Malaysia (2015) dan finalis Kejohanan Olahraga Dalam Dewan di Doha, Qatar (2016).

Jelas bakal mahasiswa Universiti Putra Malaysia itu, pada KL2017 ini, beliau hanya ingin mengatasi catatan peribadinya, 15.53 meter, dan tidak mahu membebankan diri dengan sasaran pingat.

Walaupun tetap tersirat di hati memenangi pingat tanpa mengira warna pada temasya kali ini, beliau yakin idolanya, Muhammad Hakimi, mampu mempertahan pingat emas dimenangi pada edisi lalu.

“Jika rezeki saya menang pingat, sudah pasti saya hendak dedikasikan kejayaan itu kepada ibu bapa, keluarga, jurulatih, kawan dan rakyat Malaysia yang tidak putus memberi sokongan berterusan kepada atlet negara,” katanya yang akan turun beraksi pada malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sumber: Bharian



Sumber Datuk Boy Iman taja atlet lompat kijang yang berkerja sambilan sebagai penjaga parkir dan pengawal keselamatan Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top