Pasti ramai di antara kita yang gemar makan di luar, lebih-lebih lagi jika tidak cukup masa nak masak atau ketika meraikan sesuatu. Bagi yang gemar makan nasi putih, selalunya akan memesan sekali tom yam kerana ianya berkuah dan ada banyak isi/lauk.
Kebanyakan tom yam yang ada di kedai, sellaunya dimasak oleh tukang masak seberang, dari Thailand, dan rasanya berbeza dengan cara yang kita selalu masak.
Bila cuba buat dekat rumah, rasa lain, tak sama.
Ada cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan rasa tom yam yang pedas, masam dan pekat, seperti perkongsian dari Dina Amalia Nordin ini, yang mana pes yang digunakan memang dari Thailand.
Mari kita lihat resepi yang dikongsikan olehnya ini.
Resepi Tom Yam
Post ni panjang sikit sbb ramai yg tanya cemana saya masak tomyam sedap (org yg ckp tau bkn saya kehkehkeh), ni kat sini saya reveal resepi rahsia and tunjuk bahan dan cara-cara masak. Ni cara saya lah ye. Lain org lain cara ye.
Nak bagi tau awal, pes tomyam ni Thailand punya dan ia halal ye..kat belah selatan sini takde jual..kalau ada pun dorang pegi amek stok kat siam sana. Pes tomyam brand Madam Pum ni sedap and kat belah-belah utara sana and negeri yang dekat-dekat dengan sempadan sana memang senang dapat
Bahan-bahan wajib
– bawang besar belah 4
– cili api (ketuk)
– daun ketumbar @ corriander leaves
– daun limau purut
– serai – diketuk
– air asam jawa @ pes asam jawa
– cili boh @ cili kisar
– pes tomyam “madam pum” sbb brand ni ternyata sedap! boleh order dgn saya jek nanti kahkah!
– ayam/daging/udang/sotong
– carrot
– cauliflower
– baby corn
– celery
– buah tomato belah 4
– cendawan
Cara-cara
• masukkan air, bawang besar belah 4, cili api – didihkan.
• masukkan cili boh @ cili kisar – tunggu didih.
• masukkan pes tomyam (pes ni kalo kedekut pun nnt tak rasa, mula la komplen knape eh tomyam kite tak sedap? Pukkk kanggg!).
• masukkan ayam – tunggu didih nak bg ayam empuk sikit.
• masukkan serai yg diketuk.
• masukkan daun limau purut.
• masukkan carrot.
• masukkan pes asam jawa adabi.
** time ni boleh rasa dulu masam dan masin dia semua **
• masukkan garam.
• masukkan sayuran lain (baby corn + cauliflower + celery).
• masukkan cendawan (button mushroom + straw mushroom + oyster mushroom + enoki mushroom) – tunggu didih.
• masukkan tomato – kacau sekejap.
• tutup api.
• masukkan corriander leaves @ daun ketumbar.
Siap! Favorite saya ratah @ buat kuey teow tomyam @ spaghetti tomyam.
Mabeles!!
Tips
~ saya masak tomyam tak pernah tumis. Sebab kat pes dah berminyak, kat ayam pon sama. So lebur jek semua
~ saya masukkan cili boh @ cili kisar untuk dapatkan warna merah cantik, pedas.
~ instead of perahan limau, saya guna asam jawa sebab lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat. Saya hantu tomyam, so saya dah try and error banyak kali dah. So far ini yang terbaik!
~ kalau ada daging, bole masukkan awal. Kalau udang/sotong, masukkan kemudian bersama sayur sebab udang/sotong cpt masak.
~ sayuran keras seperti carrot perlu masukkan lebih awal berbanding sayuran lain.
~ buah tomato masukkan yang last dan tak perlu lama sbb dia cpt lembik.
Ok kalau ada yg tak faham boleh tanya ye, resepi boleh share no problem!
Sumber Cara Nak Buat Tom Yam Pekat, Pedas & Masam Macam Masakan Sebenar Thai, Resepi Tom Yam Ini Dapat Sehingga 17 Ribu ‘Shares’ Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar