Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Beza Kehandalan TMJ Dan KJ Dalam Sukan Polo

Polo adalah merupakan salah satu dari segelintir sukan yang menggunapakai sistem handicap dalam permainannya. Handicap dalam polo diperkenalkan oleh Henry Lloyd Herbet, presiden pertama United States Polo Association agar setiap pasukan yang bertanding seimbang dari segi kekuatan walaupun mempunyai pemain yang berbeza kehandalan.

Secara ringkasnya, handicap polo ini diukur pada setiap pemain. Handicap paling rendah adalah -2 untuk pemain paling bangang dan paling tinggi 10 untuk pemain yang handal nak mampus. Dalam sebuah pasukan polo ada 4 pemain dan handicap semua pemain ini akan dicampurkan untuk mendapatkan handicap pasukan.

Macam mana handicap ini digunakan?

Katakan pasukan KJ mempunyai handicap pasukan sebanyak 3 (jumlah dari 4 pemain dengan handicap individu -2+0+3+2=3) dan ianya berentap dengan pasukan TMJ yang mempunyai handicap 9 (3+2+2+2=9). Maka beza handicap antara pasukan TMJ dan KJ adalah sebanyak 6 (9-3=6) dan ini bermakna pasukan KJ akan memulakan perlawanan dengan kelebihan sebanyak 6 gol.

Pasukan TMJ perlu mencari sebanyak 6 gol sebaik perlawanan bermula hanya untuk mengikat pasukan KJ dalam kedudukan seri. Tetapi realiti akan menetapkan selepas tamat perlawanan, pasukan TMJ berkemungkinan besar akan menang disebabkan kemahiran tinggi para pemainnya. Sebab itulah dia boleh gebang pernah kalahkan pasukan lawan sampai 10-0 atau 11-0.

Ini penerangan ringkas tentang handicap polo yang berjaya aku korek.

Untuk Sukan Sea 2017, kelebihan handicap tidak akan digunapakai dalam perlawanan. Maknanya semua perlawanan akan bermula dengan kedua pasukan berada dalam kedudukan 0-0.

Pun begitu demi memastikan keseimbangan antara pasukan bertanding, buku teknikal polo untuk Sukan Sea 2017 menetapkan bahawa setiap pasukan bertanding mempunyai handicap pasukan antara 4 hingga 6. Untuk handicap individu pula, pemain hendaklah mempunyai handicap di antara 0 hingga 3. Kalau ada pemain yang mempunyai handicap 4 dan ke atas, contohnya, dia tidak boleh bertanding di dalam Sukan Sea 2017.

Bagai Langit Dengan Bumi, Inilah Perbezaan TMJ VS KJ Dalam Sukan Polo

Berapa handicap TMJ dan KJ?

Kalau ikut apa yang aku korek dari laman sesawang Royal Malaysian Polo Association, handicap TMJ adalah 3 manakala KJ adalah 0. Ini ikut senarai terkini yang digunakan sejak 1 Disember 2016. Kedua mereka boleh sahaja mewakili negara dalam Sukan Sea 2017. Tapi jelas TMJ jauh lebih handal dan KJ pula adalah pada tahap minima untuk bermain secara kompetitif.

Dan jika kita lihat kembali pada peraturan polo dalam Sukan Sea 2017, handicap pasukan ditetapkan antara 4 hingga 6. Bermakna walaupun Malaysia ada TMJ dan mungkin 10 lagi pemain lain dengan handicap 3, kita tidak boleh meletakkan kesemua pemain itu di atas padang dan melanggar peraturan handicap pasukan yang ditetapkan.

Juga seperkara lagi, TMJ sendiri pada Oktober 2016 ketika disoal wartawan tentang prospek mewakili negara dalam sukan polo untuk Sukan Sea 2017 menjawab;

"Bukan saya tidak mahu bermain, ini kerana pertandingan Sukan Sea ini adalah satu pertandingan peringkat lebih rendah dibandingkan dengan pertandingan tertinggi antarabangsa yang saya sertai di Argentina."

Peringkat rendah bai. Samalah macam sukan hoki di Sukan Sea ini sebenarnya peringkat rendah untuk skuad hoki negara yang dah layak ke Piala Dunia.

Bagai Langit Dengan Bumi, Inilah Perbezaan TMJ VS KJ Dalam Sukan Polo

Atas sebab itulah KJ, dengan handicap polo 0 tersenarai pendek.

Drama tentang nak mengadakan perlawanan antara Royal Johor Polo Club (RJPC) dan skuad Sukan Sea sebenarnya tidak perlu pun. RJPC, selain TMJ yang ber-handicap 3, berupaya meletakkan tiga lagi pemain dengan handicap 2 setiap seorang menjadikan handicap pasukan sebanyak 9. Memang RJPC tu sendiri lebih kuat dari skuad Sukan Sea yang tak boleh mempunyai handicap pasukan lebih dari 6 dan elok RJPC bermain sahajalah di Argentina sana.

Kenapa aku korek hal polo ini? Supaya kita semua berilmu dan faham jelas bahawa isu polo ini tidak lebih dari drama antara dua orang yang tidak berpuas hati satu sama lain. Bukan pasal bodek, populariti, politik, negara dan sebagainya sangat. Tambahan lagi KJ tu pun khabarnya baru disenarai pendek aje pun. Ini tidak, aku perati ramai yang melompat bersorak dan menyokong tanpa sedar bahawa yang paling handal bermain polo tidak semestinya boleh mewakili negara.

Jadi aku harap kita semua berilmu lah sikit dan faham sukan polo ini walaupun tak mampu nak beli baju Polo Ralph Lauren. Ilmu ini penting supaya kita tidak terus diperkudakan oleh pihak istana, golongan bangsawan, kaum pemodal, politikus tikus dan sesiapa pun.

Sebab tanpa ilmu, kita sekadar berseronok bergambar dengan patung singa laut di Forest City, tapi tanah dirembat orang luar.

Ikhlas,

Lucius The Dog.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top