Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Entah mengapa perbalahan suami isteri di media sosial kini bagaikan trend dikalangan selebriti. Terbaru rumah tangga Hafiz Hamidun dan isteri, Joy Revfa pula menjadi bualan orang.

 

"Apa niat dia putar-belit cerita , buka aib tak pernah sentuh saya? Kenapa harus bagitahu seluruh alam?" - Joy Revfa

“Apa niat dia putar-belit cerita , buka aib tak pernah sentuh saya? Kenapa harus bagitahu seluruh alam?” – Joy Revfa

 

Berikutan komen balas Hafiz di Instagram isterinya yang dipercayai soal batin, Joy nampaknya semakin panas dan membalas kembali komen itu untuk mempertahankan diri.

 

“Selama ini, saya berdiam diri dan bersabar kerana ingin menjaga statusnya sebagai ‘ustaz penyanyi’, tetapi apabila diberitahu dia menjaja cerita dalam kelambu, tiba masanya saya bersuara. Dia menghebahkan cerita tidak pernah ‘menyentuh’ isteri dari malam pertama hingga sekarang kepada orang luar”

“Sudah tentu keluarga meminta saya bertindak mempertahankan maruah diri. Saya tidak akan bersuara jika bukan dia yang memulakannya. Apa niat dia memutar belit cerita dan membuka aib tidak pernah menyentuh saya? Kenapa harus memberitahu seluruh alam mengenai perkara itu”

“Saya menulis Nukilan Hati di Facebook secara umum, yang sebenarnya bukan ditujukan kepada sesiapa pun. Jadi, kenapa dia yang terasa. Tidak mengapa, mungkin dia fikir dirinya lebih berkuasa, tetapi ingat Allah lebih berkuasa daripadanya. Semoga Allah mendengar doa seorang wanita teraniaya,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Biasalah adat pergaduhan suami isteri, pasti ada saja ahli keluarga yang akan turut sama masuk campur. Kakak kepada Joy pula dalam satu kenyataan di media sosial mempertahankan adiknya dengan menyatakan adiknya tidak sempat pun ‘berkenalan lanjut’ dengan Hafiz kerana duduk sebumbung pun hanya enam hari sahaja.

Mungkin mereka berdua tidak tinggal sebumbung untuk berbincang tetapi rasanya masing-masing boleh bertemu dan bercakap secara matang tanpa perlu melibatkan media sosial. Apa lagi kalau betul persoalan batin menjadi punca perbalahan mereka suami isteri. Pasti Hafiz dan Joy tahu dalam agama sendiri tidak suka menyebarkan aib suami isteri.

Sumber: Rotikaya



Sumber “Apa niat dia putar belit cerita , buka aib tak pernah sentuh saya? Kenapa harus bagitahu seluruh alam?” – Joy Revfa Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top