Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Datuk Ray Imran, iaitu bekas suami Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa, mempersoal niat penyanyi, Hafiz Hamidun memanjangkan kontroversi perkahwinan dengan usahawan kosmetik itu.

Ray atau nama sebenarnya, Mohd Rayos Abdul Rahim, kesal dirinya terpalit dalam kontroversi itu sedangkan dia sudah memberi kerjasama sebelum pasangan itu bernikah, Mei lalu.

Ray berpendapat kontroversi itu tidak sepatutnya berpanjangan jika Hafiz benar-benar mencintai Joy.

“Saya terkejut, apa motif Hafiz yang masih memanjangkan isu ini. Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul.

“Saya rasa ada sebab lain yang cuba diselindung Hafiz,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Terdahulu, pada sidang media, Hafiz mendakwa Joy masih dalam ikatan perkahwinan dengan Ray pada hari mereka dinikahkan pada 1 Mei lalu.

Ray turut mempersoal mengapa Hafiz merasa ragu-ragu sedangkan penyanyi itu dan Joy berbulan madu sambil menjayakan program terbitan syarikat televisyen (TV) swasta di Taiwan, baru-baru ini.

“Sudah pergi berbulan madu di Taiwan, kenapa ragu-ragu? Jika benarlah Joy tidak pandai memberikan kerjasama menyelesaikan masalah, dia sebagai suami perlu bertindak lebih matang.

“Biasalah perempuan kalau rasa diabaikan, mereka beremosi,” katanya.

Ray mengaku sebelum kontroversi tercetus, dia gembira melihat Joy sudah membina kehidupan baru.

“Apa-apapun, saya akan beri kerjasama kepada bekas isteri dan mahkamah untuk mengelak fitnah dan spekulasi,” katanya.

 

Sumber: BH Online



Sumber “Apa motif Hafiz? Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul” – Bekas suami Joy Revfa Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top