Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Aksi nakal Rimau tarik perhatian KJ

SIAPA tidak kenal maskot rasmi negara bagi temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Melambangkan semangat sukan membara, maskot comel dikenali sebagai Rimau itu sering muncul di kaca televisyen dan media sosial dengan aksi-aksi  yang mencuit hati peminat serta penonton temasya Sukan Sea ke-29 yang sedang berlangsung.

Jika dahulu Rimau ini pernah ‘ditegur’ Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana ditangkap berpelukan dengan maskot singa comel, Nila daripada Singapura, kali ini Rimau sekali lagi meraih perhatian Khairy apabila memuat naik gambar bersama seorang gadis dengan kapsyen nakal.

“Susahnya nak jaga halal ‘gap’ (jurang),” tulis Rimau di ruangan laman rasmi Twitternya, @rimaumalaysia.

Foto aksinya itu mendapat perhatian Khairy yang kemudiannya berkongsi gambar itu beserta komen balas.

“Tangan tu. #Rimau,” ujar Khairy menerusi Tweethandle @Khairykj.

Aksi nakal Rimau turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan telatahnya.

Sehingga semalam Tweet tersebut dikongsi semula oleh 18,807 pengguna Twitter dan meraih 8,252 ‘likes’.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Aksi nakal Rimau tarik perhatian KJ: “Tangan tu rimau” Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top