Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

TAMPIN – Seorang penganggur yang mendakwa boleh mengubati penyakit ‘pendamping’ dan kemudiannya merogol pesakitnya di sebuah hotel di daerah ini berjaya ditangkap polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin pada 16 Ogos lalu.

 

2 kali dirogol bomoh WeChat, konon mampu buang pendamping

2 kali dirogol bomoh WeChat, konon mampu buang pendamping

 

 

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak berkata, suspek berusia 37 tahun yang berasal dari Melaka ditangkap polis di kawasan pam minyak di Alor Gajah pada jam 11.06 malam.

Menurutnya, suspek dipercayai telah merogol mangsa iaitu seorang wanita berusia 32 tahun di dua tarikh dan lokasi berbeza di hotel sekitar Tampin dengan menggunakan alasan bagi membuang penyakit itu.

“Mangsa yang merupakan pekerja kilang hanya mengenali suspek melalui aplikasi WeChat pada awal bulan Jun lalu.

“Sebaik mangsa berjumpa suspek, mangsa terus berasa keliru serta mengikuti arahan suspek sehingga di bawa ke sebuah hotel,” katanya dalam Sidang Media di IPD Tampin, di sini, hari ini.

Hamazah berkata, sebaik tiba di bilik hotel berkenaan, suspek dikatakan membaca jampi serapah dan memegang badan mangsa serta meminta mangsa melayan nafsunya bagi menghilangkan pendamping berkenaan.

Menurutnya, mangsa menolak, namun suspek telah memaksa serta merogol mangsa dan selepas itu mangsa diberikan tiga biji telur dan lima biji limau sebagai tanda selesai berubat.

“Kali kedua pula, mangsa disuruh sekali lagi berubat pada pertengahan Julai dan turut dirogol.  Malah, dalam dua kejadian ini mangsa membayar duit pengeras sebanyak RM50 serta bayaran sewaan bilik hotel.

“Bagaimanapun, mangsa akhirnya tersedar dirinya ditipu suspek dan membuat laporan polis pada 16 Ogos lalu.

Hamazah berkata, dengan tertangkapnya suspek kurang 10 jam dari laporan polis dibuat, pihaknya percaya suspek telah memperdaya kira-kira lima wanita menggunakan modus operandi serupa, namun, tiada mangsa yang tampil membuat laporan polis.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, mangsa yang mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 420 Kanun Keseksaan  iaitu kes penipuan di Dang Wangi, Kuala Lumpur, sudah dua tahun melakukan kegiatan berkenaan.

Hamazah berkata, hasil ujian urin juga mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Suspek direman hingga hari ini dan akan disambung tahanan reman bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar



Sumber 2 kali dirogol bomoh WeChat, konon mampu buang pendamping Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top