Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

“Tolong lepaskan saya. Saya sangkut!” – Pencuri terpekik minta tolong kerana melekat di bumbung
MIRI, SARAWAK – Seorang lelaki yang cuba memecah masuk sebuah rumah penduduk, gagal melarikan diri dek ‘melekat’ di bumbung rumah berkenaan.
Dalam kejadian 27 Jun 2017 lalu di sebuah rumah di Kampung Lutong Baru itu, lelaki terbabit dilaporkan cuba memecah masuk rumah tersebut, namun ketika cuba melarikan diri, suspek tersangkut di bumbung rumah.
“Dengar cerita dari adik tuan rumah itu, rumah abangnya itu dipasang pendinding ayat suci Al-Quran. Hari ini baru kami dapat video hari kejadian,” kata sumber. Dalam video itu, suspek yang berbaju merah dipercayai warga asing dilihat berbaring di hujung bumbung dan meminta tolong orang ramai melepaskan dirinya.
“Tolong lepaskan saya. Tolong lepaskan saya. Saya sangkut!” katanya.
Suspek kemudian diturunkan dari bumbung rumah tersebut dengan bantuan anggota bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sumber
“Tolong lepaskan saya. Saya sangkut!” – Pencuri terpekik minta tolong kerana melekat di bumbung
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.