Note: Ini adalah artikel throwback. Maksudnya kami recap artikel lama. Jangan kecam kami kata kami up artikel dah basi ye.
Aliff Aziz yang sering dilanda kontroversi merancang untuk melangsung pertunangan dengan gadis pilihannya, Bella Astillah pada Disember ini.
Menurut penyanyi dan pelakon berusia 24 tahun tersebut, keputusan dibuat selepas merasakan dia sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baharu sebelum ke alam perkahwinan.
Sementara itu, Bella yang merupakan kakak kepada penyanyi Didi Astillah memberitahu dia sangat selesa berpasangan dengan Aliff kerana baginya jejaka itu menghormati dirinya dan juga keluarga.
“Pada mulanya saya memang tidak suka dengan Aliff kerana dia pernah buat hal ketika saya cuba mendapatkan dia untuk satu projek di universiti tempat saya belajar. Bagaimanapun, setelah mengenalinya dengan lebih dekat, saya rasa Aliff bukanlah seperti yang digambarkan oleh kebanyakkan orang. Dia menghormati saya dan juga keluarga saya. Malah, dia tidak pernah mengasari saya,” ujar Bella yang sedang menuntut di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) dalam bidang penyiaran.
Sementara itu, Aliff juga mengakui dia kini sedang berusaha untuk memperbaiki diri serta membersihkan nama yang selama ini sering dianggap sebagai penyanyi tidak berdisiplin dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.
Dalam perkembangan lain, Aliff dalam perancangan untuk mengadakan sebuah showcase sebelum melancarkan album terbaru, ‘Rebirth’.
Sumber: Hot fm
Sumber [Throwback] Aliff Aziz nekad mahu berubah sebelum bertunang dengan Bella Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar