SEORANG wanita yang cuba menyerang Ika Nabella dengan mengeluarkan kata-kata kesat menerima padah apabila aktres itu mengambil kesempatan berkongsi mesej berkenaan di laman Instagram miliknya.
Ia disebabkan individu itu mengugut untuk mendedahkan mesej perbualan berkenaan terlebih dahulu sebelum Ika Nabella mengambil pendekatan melakukannya lebih awal.
Menceritakan kejadian sebenar Ika, 28, berkata, masalah berpunca apabila dia dituduh melanggar seorang wanita agak berusia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) Isnin lalu yang tiba-tiba naik hantu dan hilang pertimbangan apabila memaki hamunnya di khalayak.
“Kami dari Surabaya menaiki penerbangan yang sama. Bila sampai di KLIA 2 kira-kira pukul 2.30 pagi, makcik itu dan seorang lagi rakannya menghalang pengguna eskalator yang ingin berjalan cepat.
“Jadi saya minta izin agar mereka beri laluan kepada kami sekeluarga, namun dia tidak berganjak, jadi saya terpaksa lalu di tengah-tengah mereka yang berdiri untuk meneruskan perjalanan.
“Namun, dia iba-tiba naik marah kerana katanya saya telah melanggar dia. Dia suruh saya minta maaf kepadanya selain mengeluarklan perkataan-perkataan kesat dan nada tinggi,” ujarnya kepada mStar Online.
Ika mengulas tindakanya memuat naik paparan perbualan mesej peribadi di laman Instagram antara dia dengan wanita tersebut pada petang Khamis.
Tidak mahu perkara tersebut bertambah kecoh, Ika berkata, dia meneruskan sahaja perjalanan sehingga kedua-dua mereka terserempak kali kedua di kaunter pemeriksaan Imigresen.
Ika bersama suaminya Muhammad Zaid Aznam ketika bercuti baru-baru ini.
Wanita berkenaan meluru laju ke arahnya sambil menjerit perkataan tidak sepatutnya selain menunjukkan isyarat lucah jari hantu atau jari tengah.
“Cemas juga bila dia tiba-tiba datang ke arah saya dan menjerit-jerit seperti orang hilang pertimbangan. Mujurlah suami dan anaknya dapat menghalang dan minta dia bersabar.
“Suami makcik itu juga sempat meminta maaf kepada suami saya atas tindakan memalukan isterinya itu,” ujar Ika.
Tidak selesai di situ, Ika berkata, wanita tersebut mencari laman sosial Instagramnya bagi meluahkan rasa marah dengan kata-kata kesat.
Katanya, dia juga mengugut untuk menyebarkan perkara itu kepada umum dengan tujuan untuk memalukan.
“Rupa-rupanya dia cari akaun Instagram saya untuk melepaskan kemarahannya yang tidak habis itu. Dia menulis mesej peribadi kepada saya dengan kata-kata provokasi.
“Dia juga mahu menyebarkan perkara itu kepada umum, namun sebelum dia sebarkan biar saya sebarkan dahulu kerana saya yakin dia yang mahu popular,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ika berkata, jika wanita berkenaan benar-benar mahu kebenaran, dia bersedia untuk menonton kembali kamera litar tertutup (CCTV) di KLIA 2 siap sebenarnya yang bersalah.
“Kalau dia betul-betul rasa saya bersalah dan mahu memalukan saya, dia boleh tengok balik rakaman CCTV di lapangan terbang itu. Bukanlah dengan cara memalukan orang seperti itu,” ujarnya.
Pemerhatian mStar Online pula mendapati indivdiu itu terus menyerang Ika dengan kata-kata kesat dan maki hamun di Instagram miliknya yang mana status itu turut dikongsi oleh Ika di laman sosialnya.
Sumber: Mstar
Sumber “Tak puas serang di KLIA tunjuk jari tengah, makcik tu maki saya di IG pula” – Ika Nabella dedah cerita sebenar pergaduhan dengan seorang makcik Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar