Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

BUKAN mudah menjadi isteri seseorang yang berprofil tinggi dalam bidang keagamaan, semua mata yang melihat hanya tahu mencari kesalahan sahaja.

“Sebelum ini lagi, sudah beberapa kali saya menasihatinya, dia kena menerima teguran itu dengan terbuka" - Hafiz Hamidun

“Sebelum ini lagi, sudah beberapa kali saya menasihatinya, dia kena menerima teguran itu dengan terbuka” – Hafiz Hamidun

Mengakui sudah beberapa kali mengingatkan isterinya, Joy Revfa, berhubung penampilan diri, penyanyi Hafiz Hamidun meminta pasangannya itu menerima teguran netizen secara terbuka jika masih melakukan kesilapan sama.

Kata Hafiz, 33, tuan empunya diri harus bertanggungjawab terhadap setiap apa yang dikongsikan di dalam media sosial dan perlu akur sekiranya perkongsian itu diterima baik atau sebaliknya.

“Netizen tidak tahu perkara sebenar dan seperti biasa mereka pantas membuat hukuman dan kesimpulan sendiri.

 

“Sebelum ini lagi, sudah beberapa kali saya menasihatinya dalam beberapa perkara termasuk bab penampilan. Kalau masih membuat khilaf sama, dia kena menerima teguran itu dengan terbuka.

“Perkara baik yang dimuat naik (ke laman sosial), pasti akan disukai. Kalau sebaliknya, pasti ia akan mengundang pelbagai kritikan.

“Apabila perkara sebegini berlaku, ia sedikit sebanyak mengganggu saya kerana ada banyak perkara lain yang turut memerlukan perhatian. Saya sebenarnya malas nak melayan hal sedemikian. Selepas ini, dia kena berhati-hati dalam hal sebegini,” katanya kepada BH Online.

Hafiz mengulas mengenai kontroversi isterinya yang menjadi mangsa kecaman dan kritikan netizen apabila gambar promosi produk syarikat wanita itu yang dikatakan terlalu seksi dikritik peminat.

Gaya ditampilkan menerusi gambar berkenaan dikataan tidak bersesuaian dengan imej Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 30, yang berhijab dan sebagai isteri seorang pendakwah.

Sehubungan perkara itu, Hafiz pernah mengatakan bahawa dia tidak tahu menahu mengenai gambar terbabit selepas memaklumkan disekat daripada melihat akaun Instagram isteri sendiri.

Namun, Joy menafikan perkara itu dan menganggap ia sebagai fitnah, selain tidak teragak-agak mahu mengambil tindakan undang-undang.

Kes itu bertambah panas apabila netizen seolah-olah menyalahkan Hafiz kerana tidak menegur dan bertanggungjawab terhadap isterinya dalam soal penampilan.

Penyanyi Zikir Terapi itu mengakui, apabila situasi sebegitu berbangkit, ramai pihak yang datang bertanya dan mengadu kepadanya.

“Saya tak kisah orang datang mengadu pelbagai benda mengenainya, tetapi jawapan atau komen daripada saya lebih kepada perkara peribadi serta tidak wajar diperbesarkan,” katanya.

Bagaimanapun, Hafiz memberitahu semuanya masih terkawal.

“Tak ada apa-apa pun yang berlaku dalam hubungan kami,” katanya, yang bernikah dengan Joy pada tanggal 1 Mei lalu.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber “Sebelum ini lagi, sudah beberapa kali saya menasihatinya, dia kena menerima teguran itu dengan terbuka” – Hafiz Hamidun Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top