Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

CANTIK. Apa sebenarnya definisi cantik bagi anda? Kulit wajah yang flawless? Bibir mongel? Dahi luas? Pipi ada cheekbone? Ada lesung pipit? Setuju tak jika ada kata bahawa cantik itu subjektif?

Rambut palsu, bulu mata palsu, sambung bulu mata adalah haram, netizen sound trend gadis ubah kening untuk cantik

Rambut palsu, bulu mata palsu, sambung bulu mata adalah haram, netizen sound trend gadis ubah kening untuk cantik

Perkataan CANTIK ini pastilah sinonim dengan wanita. Semua wanita mesti nak cantik. Ramai wanita beranggapan definisi cantik bagi mereka ialah mempunyai kulit wajah yang licin persis kulit telur…. Halus mulut, lembut…

Tapi itulah manusia. Mana pernah nak rasa bersyukur setiap kurniaan Yang Maha Esa? Ada saja yang mahu diubahnya. Cucuk sana, cucuk sini, tambah sana, tambah sini.

Tak kurang ada yang sanggup berhabis duit untuk dapatkan suplimen atau cucuk kolagen. Haihh manusia…. Bersyukurlah kamu

 

Mungkin masih lagi ada yang tidak tahu bahawa sekarang ni dah banyak klinik yang menawarkan servis eyelash extention. Tujuannya untuk membuatkan bulu mata lebih panjang, lentik dan tebal.

Klinik biasanya menawarkan method extension (menyambung). Caranya bulu mata buatan akan ditampalkan satu persatu pada bulu mata asli dengan alat khas extention bulu mata. Wow, menariknya cara ni!!! Tapi kan…

Bukankah sebarang perbuatan mengubah ciptaan Allah S.W.T itu adalah perbuatan yang berdosa? Kenapa sanggup melakukan dosa demi untuk kelihatan cantik?

Apa yang Allah sudah bagi kat kita, bersyukur sajalah. Jangan merungut tapi sentiasalah ada rasa bersyukur pada diri.

Ada sesetengah orang dilahirkan tidak cukup sifat. Kita ni dah cukup sifat anggota badan, tapi masih tak bersyukur..

Bagaimanapun isu mengenai eyelash extention ini telah membuatkan Azrina Khairuddin, salah seorang ‘tulang belakang’ kepada butik pakaian terkenal Calaqisya itu terbuka hati untuk membuat teguran secara umum.

Azrina telah memuat naik insta story mengenai perbuatan eyelash extention, memakai rambut palsu dan juga mencukur kening.

Sudah terang lagi bersuluh, sebagai umat Islam kita sudah tahu bahawa perbuatan mencukur kening dan mengubah ciptaan Allah itu haram disisi agama Islam. Tapi apakan daya, benda yang dilarang itulah yang lagi orang suka buat.

Selain itu, Azrina juga menegur gadis yang sering kali memakai tudung dengan gaya cekak leher. Memang gaya itu yang paling ringkas dan cepat. Tapi kalau dah terselak, habis semua nampak leher awak yang gebu gebas tu.

Walaupun teguran umum itu mendapat kritikan pengikutnya di laman sosial, tetapi sekurang-kurangnya Azrina telah menjalankan tanggungjawab dengan menegur perbuatan yang tidak elok itu.

Harga untuk membuat eyelash extention cuma berharga kira kira RM160 sahaja tapi ada saja yang lebih murah. Tapi untuk apa nak buat eyelash extention?

Tak cukup panjang lagi ke bulu mata tu? Nanti buatnya terus tak ada bulu mata, saat tu baru ingat apa itu rasa bersyukur.

Tepuk dada, tanya iman. Berbaloikah anda melanggar peraturan Allah S.W.T demi untuk kelihatan cantik di mata manusia yang lain? Jadi mana yang penting?

Reda Allah ataupun reda manusia?

Jangan sampai dapat side effect, waktu tu baru lah nak menyesal dan salahkan pihak tertentu kerana tak mengingatkan orang lain.

Kalau rasa nak bulu mata panjang dan sihat, rajin rajin lah buat mask aloe verakemudian pakaikan dekat bulu mata. Bukan saja cantik, tapi boleh menyihatkan bulu mata.

Tak keluar duit ratus-ratus, cuma perlukan pokok lidah buaya sahaja- MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Via: Mynewshub



Sumber Rambut palsu, bulu mata palsu, sambung bulu mata adalah haram, netizen sound trend gadis ubah kening untuk cantik Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top