Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Pelakon Raja Ilya tertekan dengan tuduhan kononnya beliau tidak beragama apabila mahu membuat pembedahan otot.

Raja Ilya kesal dituduh mengetepi agama demi menghidupkan watak filem aksi adiwira terbitan sebuah studio di Hollywood. — Foto ihsan CinemaOnline

Beliau berkata prosedur stimulasi otot elektrik (EMS) dapat menghasilkan otot yang sesuai dengan watak yang bakal dilakonkannya.

Baca artikel sebelum: Cipta kejutan berlakon filem Marvel, Raja Ilya sanggup dibedah demi watak adiwira

Katanya rawatan itu bukannya pembedahan plastik tetapi khas untuk otot kerana beliau tiada masa berlatih di gimnasium.

“Saya agak terkesan apabila ada netizen menganggap saya mengambil mudah soal agama hingga sanggup membuat perubahan diri. Malah, ada netizen yang mengaitkan agama dalam isu ini,” katanya.

Pembedahan itu adalah prosedur membuang ketulan atau ‘nodules’ yang dihadapinya sejak tahun lalu.

Raja Ilya kesal dituduh mengetepi agama kerana mahu menghidupkan watak filem aksi adiwira terbitan sebuah studio terkemuka Hollywood.

“Usah kaitkan isu ini dengan agama kalau tidak faham apa yang saya buat.

“Saya masih ada maruah dan harga diri. Bila orang salah faham, pelbagai kritikan dan tohmahan dilemparkan,” katanya.

Beliau dijadual berlepas ke Amerika Syarikat Disember depan bagi menjalani penggambaran filem itu.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Raja Ilya tertekan dituduh ‘tak beragama’ kerana nak bedah otot demi filem Marvel Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top