Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Seorang pemandu Uber sepenuh masa membuat laporan polis mendakwa dirinya dicabul seorang penumpang lelaki yang menyambar alat sulitnya dalam satu perjalanan pada Selasa.

Male-Uber-driver-alleges-molest

Lelaki 39 tahun itu, yang baru 3 minggu memandu untuk syarikat perkongsian kenderaan itu, berkata beliau mengambil 2 penumpang yang mahu ke Petaling Jaya dari Taman Desa apabila kejadian itu berlaku pada 12.45 malam.

Beliau menurunkan seorang penumpang di Jalan SS2/24 Seapark manakala seorang lagi penumpang berpindah ke tempat duduk depan.

“Selepas menutup pintu kereta dan semasa kereta sedang bergerak, tiba-tiba dia sambar kemaluan saya. Sakit,” katanya.

“Sebelum itu, dia mahu saya lakukan oral seks padanya.

“Dia juga tanya sama ada saya sudah berkahwin, dan kata berkahwin dengan seorang lelaki lebih baik. Sangat jijik,” katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sri Petaling semalam.

Pemandu Uber itu berkata lelaki yang didakwa mencabul beliau itu kemudian berkata kawannya turun di tempat yang salah lalu mengarahkan beliau mengambil kawannya semula.

Beliau kemudian menurunkan pelaku itu di restoran Uncle Don di Petaling Jaya sebelum menurunkan seorang lagi penumpang itu di rumahnya.

Ketika dihubungi hari ini, pemandu Uber itu berkata FMT tindakan lelaki itu menyebabkan testikel rasa sakit selama 12 jam.

Beliau mendakwa penumpang itu mempunyai “senyuman yang jahat”, dan “saya benar-benar sangka dia mahu merogol dan meliwat saya”.

Beliau mengalami trauma psikologi kerana kejadian itu.

“Saya menangis selepas mengambil mereka,” katanya.

“Setiap kali seorang penumpang lelaki duduk di depan, saya rasa tidak selesa. Ada kalanya, saya rasa tangan ghaib mahu menyambar kemaluan saya.

“Saya sekarang berdepan trauma psikologi. Saya takut memandu di waktu malam,” katanya, dan menambah beliau masih memandu selepas senja tetapi tidak sekerap dahulu.

Akaun pemandu Uber itu disebut Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching di Facebook semalam.

Teo berkata pemandu itu bertanyakan sama ada beliau perlu membuat laporan polis, kerana bimbang tiada tindakan akan diambil.

“Saya beritahu beliau perlu buat laporan polis,” kata Teo. “Jadi, lelaki juga boleh menjadi mangsa jenayah seksual, dan perkara ini bukan sesuatu yang melucukan.”

“Kita perlu tangani semua mangsa jenayah seksual secara saksama,” katanya dalam catatan itu.

 

Sumber: FMT



Sumber Pemandu Uber lelaki menangis dicabul penumpang lelaki, kemaluan disambar malah disuruh buat oral Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top