Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Penentang Fattah Amin membantah pelakon itu membawa watak utama drama bikinan semula Korea Selatan, Coffee Prince.

Netizen tanda tangani petisyen tolak Fattah Amin sebagai hero drama Korea remake, Coffee Prince

Netizen tanda tangani petisyen tolak Fattah Amin sebagai hero drama Korea remake, Coffee Prince

Pelakon popular itu diura-ura membawa watak lakonan Gong Yoo, yang diminati ramai, dalam drama edisi tempatan berasaskan karya tersebut, lapor Harian Metro.

Berkempen melalui petisyen di internet, mereka yang menentang Fattah mendakwa pelakon itu masih lagi “kayu” ketika memegang sesuatu watak.

“Sila beri watak utama kepada pelakon lelaki selain Fattah Amin,” tulis pengendali petisyen terbabit, yang baru mendapat 121 sokongan, sejak kelmarin. 

“Kami tiada masalah dengan Janna Nick, kami hanya tidak mahu Fattah Amin melakonkan watak Gong Yoo.”

Mereka, yang mendakwa penyokong filem dan drama tempatan, membantah Cube Film Sdn Bhd mengambil Fattah berlakon drama Coffee Prince.

Saluran Melayu Astro dilaporkan masih lagi meneliti pelakon yang bakal membawa watak tersebut “kepada seseorang yang paling layak.” 

Ketuanya Raqim Ahmad bagaimanapun menegur peminat agar lebih terbuka dan memberi peluang yang adil untuk pelakon membuktikan bakat mereka. 

Sementara pengarah Michael Ang enggan mengulas isu tersebut walau mengesahkan Janna Nick antara yang terlibat dalam drama itu. 

Mula ditayangkan pada 2007, Coffee Prince muncul antara drama Korea Selatan yang popular di Malaysia. 

Sumber: Malay Mail



Sumber Netizen tanda tangani petisyen tolak Fattah Amin sebagai hero drama Korea remake, Coffee Prince Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top