Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memfailkan permohonan kebenaran agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikomitkan atas tuduhan menghina mahkamah.

Najib Tun Razak

Permohonan kebenaran itu difailkan melalui peguamnya, Muhammad Haniff Khatri Abdulla di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Tindakan itu diambil ekoran kenyataan dibuat Najib pada 7 Julai lalu berhubung Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menjadikan Mukhriz perdana menteri adalah berkaitan isu sama dalam saman yang difailkannya terhadap Setiausaha Politik Perdana Menteri, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.

Melalui notis permohonan kebenaran untuk pengkomitan, Mukhriz mendakwa Najib telah membuat kenyataan pada 7 Julai lalu dan mendakwa kenyataan yang dibuat itu berkaitan isu sama  yang menjadi asas kepada tindakan saman fitnah yang sedang berjalan.

“Permohonan ini dibuat berdasarkan kenyataan yang dibuat (Najib) secara terang dan jelas merujuk kepada plaintif (Mukhriz) yang boleh dikira mencampuri urusan mahkamah secara salah atau tidak wajar.

Mukhriz melalui notis permohonan itu berkata, kenyataan tersebut membawa maksud dan isu sama yang menjadi asas kepada tindakan saman fitnah ini, dan boleh mengganggu perbicaraan kes saman yang sedang berjalan.

Bagaimanapun Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim akan menetapkan tarikh lain untuk mendengar dan memutuskan isu berkenaan.

Sementara itu, melalui kenyataan saksi dalam perbicaraan kes itu, Mukhriz berkata, penerbitan kenyataan media oleh Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad memberi kesan yang negatif dan prejudis terhadap dirinya.

Mukhriz berkata, beliau  sebagai Timbalan Presiden Bersatu, telah dimalukan dengan teruk oleh defendan secara bertubi-tubi.

“Reputasi saya tercalar dengan amat teruk sekali, masyarakat memandang serong dan kini memberi persepsi bahawa saya seorang yang gila kuasa, sanggup melakukan kempen jahat untuk menjadi perdana menteri,”katanya.

Mukhriz berkata, beliau juga dilihat sebagai seorang ahli politik yang tidak berkaliber, hanya menumpang populariti bapanya dan bergantung sepenuhnya kepada telunjuk bapanya,  Mahathir.

Mukhriz berkata, kenyataan-kenyataan itu dibuat secara bertubi-tubi tanpa cuba mendapat pengesahan darinya, serta berlanjutan lagi walaupun selepas notis dan amaran diberikan.

Tambahan pula, apabila kenyataan-kenyataan ini dikeluarkan oleh defendan sebagai Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, yang sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang betul dan bernas.

“Defendan membuat kenyataan fitnah dan palsu itu kerana saya mempersoalkan isu skandal 1MDB sejak memegang jawatan menteri besar hingga kini,” katanya.

Mukhriz memfailkan saman itu pada 3 Mei 2016 kerana mendakwa bahawa Tengku Sarifuddin telah mengeluarkan empat kenyataan yang berbaur fitnah terhadap beliau dan disiarkan dalam media arus perdana dan media sosial.

Mukhriz mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud Mahathir dan Muhyiddin berkomplot dalam kempen jahat bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah dan plaintif masih terbabit secara langsung dalam komplot antara  Mahathir dan Muhyiddin.

Perbicaraan akan disambung hari ini di mana Mahathir akan hadir memberi keterangan.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Najib didakwa hina mahkamah Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top