Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Seorang wanita yang masih dalam pantang mendakwa dia cuba dilanggar seorang lelaki tidak dikenali yang memandu Perodua Kancil ketika berlaku perang mulut akibat salah faham di sebuah taman perumahan di Batang Tiga, di sini, Selasa lalu.

Kejadian jam 1.30 pagi itu dikatakan berlaku apabila lelaki terbabit tidak berpuas hati selepas ditegur mangsa kerana menekan minyak dengan kuat berkali-kali hingga menyebabkan bunyi bising.

Baca artikel sebelum: PDRM tolong saya! “Aku masih berpantang bersalin secara caesarian, sampai skrg perut aku rase sakit kne sentap” – Jom viralkan video dan gambar lelaki jahanam ni. Bacul pukul perempuan!

Difahamkan, terdahulu sebelum kejadian, lelaki itu berhenti berhampiran rumah mangsa dan membuat bising hingga menimbulkan rasa kurang senang penduduk berhampiran.

Mangsa dikatakan menegur lelaki itu kerana perbuatan terbabit menyebabkan bayinya terjaga daripada tidur lalu menangis.

Namun lelaki terbabit berang selepas ditegur menyebabkan keadaan menjadi tegang.

Menerusi video yang tular di laman sosial Facebook (FB), lelaki terbabit turut menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa.

Menerusi video sama, turut kedengaran lelaki itu berkata, dia mahu melanggar mangsa yang turut dituduh sebagai punca sebenar ketegangan berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Azfanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Hasil laporan dibuat, kami menahan suspek yang berusia 24 tahun di sebuah rumah di Pulau Gadong jam 10.50 malam, Rabu lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 337/506 dan kami masih mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Lelaki rentap perut wanita sedang berpantang akhirnya ditangkap polis Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top