Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Konduktor Bas Baik Hati Pulangkan Wang RM129,000 Kepada Doktor, Dapat Gula-Gula Sebagai Ganjaran

Konduktor Bas Baik Hati Pulangkan Wang RM129,000 Kepada Doktor, Dapat Gula-Gula Sebagai Ganjaran

Seorang konduktor bertindak jujur apabila memulangkan satu beg yang mengandungi wang 1 juta bath (RM129,000) kepada seorang pemandu yang tertinggal beg terbabit. Kejujuran konduktor itu dibalas dengan ganjaran oleh pemilik wang itu – dengan dua beg gula-gula.

Sumon Mitdul, 50, yang bekerja sebagai konduktor Bas No. 511 di pinggir Bangkok mengambil beg galas yang mngandungi THB1.2 juta ke balai polis Samut Prakarn dengan berkata seorang penumpang lelaki tertinggal di atas kerusi.

Sumon memberitahu polis bahawa dia mengingati penumpang itu dengan jelas – seorang lelaki berkata mata berumur 30-an.

Sehari selepas itu, penumpang pelupa itu yang juga seorang pakar sakit puan, datang ke balai polis berkenaan untuk mengambil semula beg galas itu.

Menurut penumpang itu, dia tinggal dan bekerja di Chonburi. Pagi kejadian, dia mengeluarkan wang 1 juta bath tunai di sebuah bank berdekatan dengan rumahnya sebelum menaiki bas berkenaan.

Selepas menyedari yang dia tertinggal beg galas terbabit, dia pergi semula ke stesen bas untuk mencarinya dan diarah supaya pergi ke balai polis tersebut.

Sebagai ganjaran, doktor itu memberikan konduktor itu dua beg gula-gula yang tidak dinyatakan jenisnya.

Netizen mencemuh ganjaran yang diberikan oleh doktor itu dengan menyifatkan beliau sebagai kedekut.

Sumber: Coconuts

Via: SK



Sumber Konduktor Bas Baik Hati Pulangkan Wang RM129,000 Kepada Doktor, Dapat Gula-Gula Sebagai Ganjaran Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top